Pages

Saturday, 1 May 2010

Tak Semestinye Aku 'Freehair' aku jahat?



Tadi aku ade dapat page suggestion kat facebook dari seorang member aku nih tapi dia pakai tudung la. pastu masuk melancong dalam tu tengok ape yang ada, lepas tu aku ignorekan suggestion tu.=,="

Aku taknak menyokong benda ni but at the same time aku taknak membangkang 100%. lagipun dia ajak aku like page tu, personally I dont like that page.hehe

Tapi seorang daie itu bukanlah menghukum seorang manusia jadi aku bersikap neutral disini dan ignorekan page tadi.
"every acts on earth are counted"

Aku hanya ingin bertanya pada yang sudi membaca, adakah freehair atau bertudung itu yang menjadi masalah?atau menutup aurat yang menjadi masalah? Inilah masalah umat zaman sekarang ni. Allah menyuruh kita menutup aurat bukan setakat pakai tudung je. ada manual dia dalam surah An-nisa' dan ianya sangat jelas. Kalau setakat pakai tudung tapi tidak menutup dada, lebih kurang je.(tapi kalau sedang berubah dari tak pakai tudung langsung,u make a great job by wearing like that). Jadi bagi aku, bukan pakai tudung yang menjadi isu tetapi menutup aurat yang menjadi isu. sering kita melihat gadis yang memakai tudung tetapi bajunya ketat dan sendat hingga menampakkan bentuk badan gadis-gadis itu. tak tutup aurat la tu.

yang kedua, persoalan baik atau tidak itu subjektif. ramai yang kata begini. tapi kalau kita fikir, ini hanya di mata manusia. Kenapa kita berlumba-lumba untuk nampak baik dimata manusia? Kenapa kita sanggup berjuang hingga mewujudkan page khas di facebook semata-mata untuk manusia zaman sekarang melihat orang yang freehair ini baik? tidak sedarkah satu hari nanti kita hanya ada syurga atau neraka dan yang menilai itu bukannya berdasarkan undi sms atau undi manusia? TIDAK SEDARKAH? Apa yang aku sedar dan faham, seburuk mana pun seorang manusia di mata orang lain atau sejahat mana pun seorang manusia itu di mata orang lain, sekiranya dia mengikut manual kehidupan yang diberi Allah, dia akan dipandang tinggi oleh Allah dan insyaAllah mendapat tempat terbaik di syurga.

Rasulullah dahulu mengikut manual Allah tetapi dia dipandang jahat oleh kaum quraisy.Apa beza nya dengan kita sekarang? masing-masing cuba nampak baik dimata manusia orang lain tetapi meninggalkan manual Allah dan sesiapa yang menggunakan manual itu akan dipandang serong.tak percaya?
cuba baca quran dalam ktm,mesti orang pandang semacam

cuba anda cakap anda tiada awek,mesti orang tak dapat terima

cuba anda cakap couple sebelum kahwin itu haram,anda akan dibenci ramai.
cukup bukti?

Aku suka mengetengahkan equation ini sebelum mengakhiri entri ini.

tak tutup aurat=berdosa
berdosa=Allah tak suka
Allah tak suka=masuk neraka
neraka=orang jahat

Oleh itu, marilah kita sama-sama berlumba untuk menjadi baik disisi Allah instead of menjadi baik di mata manusia sahaja.

p/s="tak semestinya aku freehair aku jahat" ni aku bersifat neutral.aku tak nak menghukum sesiapa.cuma memberitahu dari sudut kefahaman aku mengenai perkara ini.

10 comments:

anish said...

pakcik.
aku suggest suruh like bkn sbb suruh suke dan sokong.
haha.
tp kot2 ko nak drop wallpost dan pendapat2.
ramai kot laki join bkn sbb sokong page tu,
tp sbb nak nasihat pompuan2 lam tu.
ape daaa.
hahah.
aku nk link la post ni kat page tu.
siap ko.
hakhak.


p/s : yakin je ko aku pakai tudung,tah2 aku freehair.hah??

afb said...

hehe,ye ke?
kira aku salah faham la ni.
tapi kalo aku like, nanti keluar statement ahmad fikri baharan like tak semestinya aku freehair aku jahat!haha
tak nak la camtu kot.

p/s:kalo ko freehair,sila baca equation saya tu ye kak.hehehe

Nur Syafiqah said...

salam, erm utk part ni.. sy sgt2 setuju la dgn ur equation.. merujuk pada buku yang sy penah bce... xde istilah freehair tu baik... coz ble kte freehair bermaksud kte melanggar hukum Allah.. sedangkan rasulullah SAW meninggalkan wasiat utk kte supaya hdp berlandaskan al quran dan as sunnah... so, terang jelas n nyata yang xde dalil yang menyatakan tidak bertudung itu sesuatu yang baik... Malahan ia nya ditekankan kepada kaum hawa utk menjaga auratnya sebaik mungkin.. wallahualam...

afb said...

tak boleh salahkan mereka jugak sebab dalam pemikiran mereka mungkin tiada kefahaman yang mereka perlu nampak baik disisi Allah berbanding disisi manusia.
May Allah give them another chance to change.

NuR HiD@yU AhM@D said...

a good thing to discuss

kekadang tktaw nk bg jwpn ape bile org ckp

'ala ade je freehair yg baik,yg bertudung perangai mcm tutt'

sdgkn dlm hati nk ckp alangkah indah dunia jika miss freehair baik itu bertudung

n_myza said...

interesting topic...
x bertudung ≠ jahat
bertudung ≠ baek
tp
x betdung = compirm2 dosa

Pena Biru said...

bertudung itu kan satu bentuk menisfitasi (dari hari tu x sure cara tulis dan pronounce perkataan tu) ketaatan dan kesyukuran kita kepada Allah. Kalau kita taat dan sayang dkt Allah, kita akan lakukan semua yg disuruh dan tinggal apa yg dilarang.

Anonymous said...

salam..

pertama kali singgah ke blog ini walaupun sudah lama tahu kewujudannya.. Sorry adam.

Hurm.. Ada je yang invite ana join group tu.. Tapi ana ingnorekan je. Sebab?? Ana nyatakan kat bawah.

But first, kita kene fahami golongan ini. Apa yang menyebabkan mereka boleh berfikiran sedemikian. Bagi ana, permasalahan tidak memelihara aurat diri dengan baik ini adalah kembali kepada kefahaman mereka. Jika jelas, maka, x akan timbul istilah x semestinya aku freehair aku jahat dan ada je yang bertudung tapi perangai x bertepatan dengan pemaikaiannya.

Dalam mengenakan hijab, kita bukan hanya hijabkan aurat kita. tapi kita hijabkan keseluruhan hidup kita dari jalan2 kemaksiatan. Kene fahami islam dalam aspek yang lebih luas dan bukan sekadar solat, pakai tudung etc.. Tapi sebenarnya keseluruhan hidup kita sepatutnya berlandaskan islam.

Ana sebenarnya sedang menyiapkan satu entry mengenai liberal dalam kedupan seorang muslim. InsyaAllah boleh dibaca di blog ana bila siap nnt. Http://lifeisanacademy.blogspot.com InsyaAllah.. Satu entry yang sanagt menarik.

Sebab #1
Ana x join adalah kerana persepsi. Bagi mereka yang bersungguh2 memahami dan menyebarkan islam, sanagt2 perlu menjaga tsiqah masyarakat kepada dirinya.

Akan ada orang yang berkata, Alaa.. join tu nak berdakwah kat orang2 dalam tu.. Alhamdulillah jika semua orang berfikiran macam tu. Hakikatnya tidak begitu indah.

Bagi ana, join group ni sama je join group anti-poligami or group2 yang meminta fatwa pengkid haram ditarik semula. Nama group itu sahaja melambangkan suatu yang sangat2 bertentangan dengan kefahaman islam. Kita x boleh nak harap orang yang nampak kita join event or group macam tu membaca + memerhati setiap apa yang kita lihat untuk memastikan bahawa kita ni sebenarnya x setuju. kan??

Lebih2 lagi untuk perempuan sebab lelaki sudah semestinya x bertudung.. or ada juga lelaki bertudung??

Sebab #2
Action is louder than talk. Ana lebih yakin dgn perbuatan. Ana ada tengok2 jugak group tu walaupun x join. Nampak seperti mereka membincangkan mengikut perasaan. Walhal, sangat oenting hikmah dalam berbicara dan berdakwah. Mungkin ada sebahagian kecil yang tersedar bahawa kefahaman tak semestinya aku freehair, aku jahat ini salah. Alhamdulillah buat mereka yang berjaya. Tapi ana personally x mampu atas kelemahan ana..

Terakhir, ana sendiri pernah menyaksikan beberapa kawan yang ana kenali berubah dari keadaan biasa bertudung kepada x biasa bertudung. Yup. Sedih sangat2.. Tapi, mereka memilih begitu. Namun, ada juga kawan ana yang x bertudung berubah menjadi sanagt menjaga aklaqnya. Auratnya dipelihara dengan sangat teliti. Kagum ana..

with that, I close my feedback.

afb said...

I agree with all of you,hidayu,lil biruni,pena biru dan n_myza.

It's called manifestasi la rahman,hehe. and i couldnt agree more with you. Nampak remeh tapi benda inilah yang menjadi penilai cinta kita pada Allah dan orang yang tak cinta pada Allah melalui perbuatan layak kah masuk dalam syurga?

Betul tu naufal. sebab tu ana taknak menghukum golongan ini kerana mungkin kefahaman yang sebenar itu belum sampai pada mereka dan ana ignore for the same reason as you. dan ana sendiri mempunyai kawan seperti yang anta sebut tapi belum ada kawan yang berubah secara 180 degree lagi.

ayu, just cakap yang wanita bertudung itu hanya sebahagian dari menutup aurat dan menutup aurat itu adalah perkara yang Allah suruh.kalau kita menyintai Allah, kita akan buat yang Allah suruh which is menutup aurat.

muhammadthoriq said...

masa, pglmn(pendedahan) serta ilmu akn mematangkan kita semua,insya-allah...=)