Bagi sesiapa yang berasa aku punya tajuk kali ini salah, sila teruskan membaca.
Selama ini kita sering diberitahu apa-apa yang ingin kita lakukan perlulah dimulakan dengan niat. Niat kena betul dan ikhlas barulah kita punya perbuatan betul. dan dalam ahdis 40 karangan imam nawawi turut meletakkan hadis niat sebagai hadis yang pertama sebagai menunjukkan betapa pentingnya niat itu.
Tetapi semakin aku belajar islam, semakin aku berasa yang faham itu perlu datang sebelum niat itu tiba.
Sebagai contoh, sewaktu perang badar dulu abu jahal berasa yang dengan berperang dengan rasulullah itu adalah perbuatan yang Allah nak dan dia sangat ikhlas untuk menentang nabi demi Allah.
Contoh kedua, ketika Ibnu Muljam membunuh Ali bin Abi talib, adakah dia berasa berdosa? tidak kerana dia berasa yang pembunuhan itu dia buat kerana Allah.
2 contoh cukup la kot kan. 2 contoh ini rasanya cukup unutk menunjukkan kefahaman itu sangat2 penting sebelum niat itu hadir. kita perlu faham adakah amal kita itu benar-benar bersandarkan dengan Islam sebelum kita berniat untuk melakukannya demi Allah. cara untuk mendapatkan kefahaman ini adalah dengan mendalami ilmu islam ini sampai kita mati. Ada kata-kata kawan baik saya yang cukup menarik;
ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tidak berbuah tetapi
amal tanpa ilmu hanya berbahaya pada manusia lain.
Pernahkah anda beramal tanpa ilmu? takpe, pintu taubat masih terbuka.
Pernahkah anda berhadapan orang yang beramal tanpa ilmu?boleh cerita kat sini.
Tak percaya perkara ini masih berlaku? boleh click di sini.
Jangan kita sesekali memandang remeh dalam hal meluaskan
ilmu pengetahuan kerana amal tanpa ilmu kelak akan merosakkan
umat kita sendiri.
0 comments:
Post a Comment