Bismillah.
"Tidak pernah wujud perkataan menyesal dalam kamus seorang muslim sejati"
Mungkin ada yang pernah dengar kot aku cakap ayat ni. Aku pun tak ingat aku dengar dari siapa ayat ni. tak tau la kalau aku yang reka sendiri.hehe
Mungkin ada yang tak setuju dengan ayat ini sebab dalam hidup mereka ada certain things that they regret dan mereka berasa mereka itu adalah muslim. Kira macam ayat aku ni tuduhan liar dan terkena hidung orang tertentu. Takpe, hidung aku pun terkena jugak tapi kita sama2 cool dan baca sampai habis.
Untuk memahami ayat ini, kita kena faham satu konsep iaitu beza antara matlamat dan cara. Dua benda ini adalah berbeza walaupun ianya berkait rapat.
Apa bezanya?
Matlamat adalah satu destinasi yang kita tuju dan cara adalah perkara2 yang kita lakukan untuk mencapai matlamat itu. Mudah bukan? TAPI cakap memang mudah bang, praktis belum tentu lepas. Masyarakat sekarang ini sering kali keliru antara matlamat dan cara ini. Apabila dua benda ini bertukar tempat, rosaklah individu itu dan masyarakat secara umumnya.
Contoh eh, selalu kita mendengar di filem atau novel2 yang heroi atau heronya sangat2 mengimpikan untuk berjumpa dengan soulmatenya dan mempunyai perkahwinan yang bahagia hingga ke anak cucu. Untuk mencapai impiannya itu, dia akan melakukan pelbagai cara macam couple dengan ramai orang dan kadang2 ada la islamik sikit, berdoa pada Allah.
Contoh lain lak. Aku akan terangkan lepas contoh2 ni abes. Sekarang bumi sheffield ni tengah diselubungi mood exam(kecuali budak medik). Jadi aim budak2 sheffield sekrang adalah nak excel dalam exam ni. Lepas tu banyak la orang mengeluarkan tips2 untuk lepas dan tips2 tu aku da dengar sejak sekolah rendah lagi. Antara tipsnya ialah mendekatkan diri pada Allah.
2 contoh cukup kot kan?kalo tak cukup minta lagi la ye.
Untuk contoh kahwin tu, sekiranya matlamatnya adalah mendapat perkahwinan yang bahagia dan caranya ialah mendekat diri pada Allah, orang itu akan ada kemungkinan kecewa.
Untuk contoh exam itu, sekiranya excel exam adalah matlamatnya dan mendekatkan diri pada Allah ialah caranya, orang itu mungkin akan kecewa.
TETAPI sekiranya orang itu menjadikan mendapat keredhaan Allah ialah matlamat dan semua benda seperti exam, study dan kahwin adalah caranya, orang itu tidak akan pernah kenal perkataan menyesal. Kerana Allah tidak pernah melihat keputusan sesuatu benda, Allah melihat niat dan usaha kita.
Dah faham kan beza matlamat dan cara dan apae effect dia kalau kita keliru yang mana matlamat dan yang mana cara?
Kalau dah faham, mesti anda faham juga apa maksud ;
"Tidak pernah wujud perkataan menyesal dalam kamus seorang muslim sejati"
Anda muslim sejati?
saya belum lagi
Kalau belum,anda sedar tak anda bukan muslim sejati?
saya dah sedar
Kalau sedar, anda dah berusaha berubah?
JOM! kita sama2 berubah. Saya taknak kawan2 saya masuk neraka.
astaghfirullah.
4 comments:
ohh usrah ni.. ingtkan bila punye. keh2~
rin,
bukannya kata tak boleh menyesal.tak larang pun.
TAPI,
muslim sejati hanya akan menjadikan matlamat dalam hidup dia ialah mendapat keredhaan Allah.setuju kan?
Apabila matlamat dia hanya mendapat keredhaan Allah, segala benda dalam dunia ini pada pandangannya ialah cara untuk mendapat keredhaan Allah. Maksudnya ialah dia takkan kecewa apabila hasil benda yang dia buat tak menjadi seperti yang dia harapkan kerana dia hanya ingin keredhaan Allah. Takkan la cara mendapat keredhaan Allah ialah dengan membuang masa kan? mestilah cara2 yang diredhai Allah.
Contohnya la,orang yang ajak2 pergi program2 yg baik kalau tak ramai yang dtg, dia tak patut la kecewa sebab sepatutnya matlamat dia ialah mendapat keredhaan Allah.
Contoh kawen la kan,ko kan cam nak kawen je ni.hehe. adakah kawen itu menjadi matlamat hidup kau atau cara untuk mendapat keredhaan Allah? Kalau itu adalah cara untuk mendapat keredhaan Allah, ko akan tak kisah walau apapun dugaan yang menimpa sebab ko tau itu adalah cara untuk mendapat keredhaan Allah.
Lagi contoh, selalunya la kan, orang menyesal sebab pe? maybe byk sebab la kan.tapi kalau kita check balek masa dia buat benda yang dia menyesal itu, adakah sewaktu dia buat tu dia berfikir yang perbuatan itu adalah cara untuk mendapat keredhaan Allah?
Faham da ke rin?Makna nak kate kalau seseorang itu menyesal maknanya dia tak menjadikan keredhaan Allah adalah matlamat dia sebaliknya menjadikan benda lain ialah matlamat hidup dan mendekati Allah ialah caranya.
waah..pnjangnye penerangan dgn contoh2 yg bagus.alhamdulillah..
terima kasih la mat..hehe
btw, aku mn ade nk kawin lg la.pndai2 je ko ni.. :P
haha,tak pe.tu kira doa aku kat ko la.
bagos la kalo ko kawen awal.calon da de kan.hehehe
Post a Comment