Aku melihat ramai kawan aku yang makin aktif menegur orang. Aku gembira dengan perubahan mereka.
Tetapi kadang-kadang aku sedih+bengang bila orang menegur tidak kena pada caranya. Kalau nak cerita pasal benda ni, memang panjang la. Ye la, kita semua tahu menegur ini kena berhikmah and all other stuff tapi kadang-kadang orang terlepas pandang satu benda yang basic dalam menegur iaitu teguran membina.
Aku jujurnya memang sangat tak suka la kalau orang yang menegur tidak membina ni. Tak de la, kadang-kadang orang yang menegur tu dah bagitau yang kita ni salah tapi dia tak bagitau apa yang kita buat salah dan bagaimana nak membetulkannya. Buat kita jadi keliru dan confuse sebab kita akan tertanya-tanya betul ke kita buat salah.
Even dalam Islam pun kita diajar supaya menegur macam tu. Kita tegur apa yang dia salah dan kita guide dia untuk buat perkara yang betul. Cuba anda semua bayangkan ada orang buat begini;
orang A: eh, tak boleh la ko buat macam ni.berdosa.
kemudian orang tu pergi tanpa kesan.
anda: bisu seribu kata
Tak ke terkesima anda seorang diri kat situ. Mungkin anda akan rasa bengang sebab dibiarkan macam tu je. Basic kot untuk manusia rasa macam ni.
Dalam sistem tarbiyah yang aku ikut pun aku diajar supaya menegur orang dan memberi penyelesaian bagaimana untuk membetulkan kehidupan orang itu. And again, benda basic kot teguran membina ni.
Pernah tak anda semua kena teguran tak membina macam aku?aku da kena da dan sangat bengang. nasib baik la aku dah tanam niat nak bersabar.
Anyway, menegur biarlah berhikmah dan membina.
Jangan sampai niat kita yang baik untuk menyelamatkan orang tak dapat disalurkan melalui perbuatan kita.
7 comments:
betol la tu mat...aku setuju..huhu
betul tu... tapi tak boleh juga disalahkan.. sbb yg menegur tu mungkin ada taktik yg tersendiri ie. menyebabkn kita berusaha utk jumpa dia utk tahu apa mksudnya n bagaimana nk menyelesaikannya.. or kdg2 org tu rs cuak nak menegur tp dia nak menegur jugak.. so, hanya bg sebris kata.. perhaps..
haha,tu kelaka azrin. dia tegur pastu lari laju2 eh sebab takut?serius kelaka.sory.
tapi taktik ko tu boleh la dibuat kalau kita guide jugak lepas tu cuma kita kena faham ngan orang yang kita nak tegur tu. kalau orang tu jenis yang mmg akan mencari,buat la.kalo bukan, jangan la buat. lagipun aku marah kalau orang yang suka tegur orang atau senang cerita macam kritik la tapi tak bagi follow up apa2 lepas tu. tak boleh la camtu kan.
penah jadi kat ko ke efi?
Kau garang sgt la mat. Tgk muke kau pun dah cuak. Lps tego je lari jauh2. Kau tu kalo mengamuk bergegar rumah. Cendawan pun takot dah nk tmbuh kat dlm bilik tu. Hahaha
muka aku mmg ganas beb tapi dalam hati ada taman.hahaha.mesti ko bosan dgr ayat ni kan noz?hehehe
mcm mane kalau kte tegur seseorg tu dh byk kali tegur secare sinikal ..tp ibarat mencurah air ke daun keladi
lepas tu wajar ke kter amik tindakan utk tegur secare direct n kasar??
-no offense,sekadar bertanye
untuk hidayu,
dalam kita nak menegur orang, kita kena la secara berhikmah dan semua orang tahu itu. tapi tak semua tahu yang berhikmah ini tak semestinya secara lembut. kadang2 teguran secara direct itu adalah perlu tapi teguran secara direct itu tak semestinya kasar. kalau kita yakin seseorang itu benar2 faham mengenai kesalahan yang dia buat, apa salahnya menegur secara direct tapi harus diingat teguran secara direct tidak semestinya kasar.
kalau kita nak pergi ke arah yang lebih basic, nak menegur orang atau mengubah orang ini seelok-eloknya membina hubungan dahulu dan setelah hubungan itu terbina, baru lah kita mudah untuk menegur seseorang itu.
konklusinya, menegur secara direct itu tidak semestinya salah dan teguran secara direct itu tidak semestinya kasar. teguran itu perlulah berhikmah dan untuk berhikmah dalam bertanya, kita perlu lah faham orang yang hendak kita tegur.
p/s:i dont see any point to be mad. =)
Post a Comment