Pages

Monday, 3 May 2010

Api itu perlu disiram dengan air.

Sebelum ini aku ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang panas baran.(sekarang pun sama tapi kurang sikit). Kena pulak muka macam orang pecah rumah, memang ada bakat la nak jadi orang suka bergaduh. Tapi Islam itu melarang kita menjadi orang yang panas baran dan menyuruh kita agar bersabar. serius susah.=_="


Tapi perkara susah itu yang Allah nak dan aku ingin menjadi seperti Umar al-Khattab. Dia pun panas baran jugak. Siapa yang tak kenal betapa garangnya Umar sehingga para wanita gentar dengan dia. Even syaitan pun gentar untuk melalui jalan yang Umar pernah lalu. Ayat yang Umar gemar sebut selepas Islam ialah, 'biar ku pancung lehernya wahai rasulullah'.

Aku ingin menjadi seperti Umar.
Part ramai wanita takut da jadi da kot.=_="
Syaitan takut belum lagi. still far from it.

Nak syaitan takut bermaksud kita marah kena pada tempatnya dan sabar selalu kerana syaitan sangat takut manusia yang mampu mengawal nafsu dari mengikut arahan syaitan. Part sabar selalu tu masih sukar untuk ku capai.

Jalan hidupku insyaAllah masih panjang dan aku berharap aku mampu menjadi Umar Al-khattab sebelum ajal memanggil yang aku tak tahu bila. Mungkin esok,lusa atau selepas ini.

Before entri tamat, aku suka memberi anda semua mendengar satu lagu yang menarik mengenai sabar. credit to ammar roslizar,kawan baik aku.


-we can fight but we dont want to fight-

0 comments: