Bismillah.
Sewaktu aku kat BTN dulu, banyak benda2 yang dilakukan adalah untuk meningkatkan kesetiaan aku kat negara Malaysia. Bagus la kan sebab banyak masalah jadi sebab kesetiaan kat negara kurang.
Tapi bagaimana kerajaan mendefinisikan kesetiaan pada negara itu? Pada pandangan aku, kerajaan ingin melihat Malaysia hidup aman tanpa berlaku kekecohan. Atas sebab ini ISA ditubuhkan yang digunakan untuk menangkap orang2 yang berpotensi menimbulkan kekecohan dalam Malaysia. Aku faham point ini. Malaysia sangat takut akan berlaku lagi tragedi 13 Mei. Kita terus membesar dengan perasaan takut ini.
Apabila kita menyuarakan sesuatu yang dilihat mengancam kerajaan atau institusi raja atau kedudukan melayu sendiri, kita akan dilabel penderhaka. Kita akan dilabel sebagai seorang yang tidak setia. Pada pandangan aku, inilah yang terjadi kat Malaysia sekarang. Persoalannya, cara ini betul ke dari sudut Islam?
Let me bring you to a smaller scale. Marriage.
In marriage, we got man and woman as husband and wife. If they stay long enough, they will have children. Dalam Islam, isteri kena taat pada isteri. Dalam kata lain,isteri kene setia pada suami. Bila suami minta satu benda ini isteri kena bagi unless benda itu melanggar syariat. Ada dalam Islam kan? Dalam family yang sihat, anak-anak turut boleh bertanya mengenai sesuatu keputusan sekiranya mereka tidak faham. Kalau mereka tak faham dan rasa terpaksa untuk mengikut, mereka sukar untuk rasa sense of belonging to the family. Dan sekiranya kita tidak dapat memberi penerangan yang bagus, itu bermakna mungkin keputusan kita itu salah dan memberi peluang pada kita untuk menilai semula keputusan kita itu.(dengan syarat anak itu sudah berusia 14 tahun keatas). Sebagai isteri, dia juga akan rasa berhak untuk menyuarakan pendapat dalam membuat keputusan yang melibatkan family. Dengan menyuarakan pendapat, kita boleh menjelaskan keputusan kita dan jika salah, kita boleh membuat keputusan yang lebih bagus. Sense of belonging towards the family pun boleh diwujudkan dan satu family itu hidup dalam keadaan aman.
Kalau dalam Islam pula, aku tak rasa mempersoalkan sesuatu itu adalah sesuatu yang salah kerana;
There are two things that avoid people
to approach Islam which are doubt and desire.
-Ibnu Tamiyyah-
Aku memeluk Islam sekarang ini bukan kerana parents aku ialah Islam tapi kerana aku yakin dengan Islam ini. Aku sangat yakin Islam ini adalah cara hidup yang terbaik untuk aku. Sekiranya ada orang yang dapat membuktikan pada aku ada agama lain yang lebih baik dari Islam, aku akan pergi ke agama itu. Tapi, ada ke? dan adakah anda semua berasa seperti aku? Adakah anda semua masih di dalam Islam kerana anda semua yakin dengan Islam? Cara untuk yakin dengan Islam tentulah menghilangkan perasaan doubt dalam hati kita dan untuk menghilangkannya tentulah bertanya soalan.
Berbalik pada negara tadi, adakah salah bagi kita untuk bertanya soalan? Sekiranya kita ini dipihak yang benar, kenapa mahu takut sehingga mahu ditangkap dan diletak dalam ISA tanpa dibicarakan? Jika salah, kenapa tidak mahu berubah? Tinggi sangatkah ego itu untuk mengaku salah?
Inilah yang dikatakan critical loyalty. Apabila kita berasa sesuatu tak kena dengan badan/negara/jamaah yang kita duduk, suarakan perasaan itu supaya kita mendapat kejelasan dan lebih percaya dengannya. Dan jika negara/agama/jamaah itu salah, kita boleh mengatasinya.
Kita melihat kini kaum2 lain di Malaysia mula bersuara mengenai certain things dan pemimpin2 dan rakyat2 yang mudah melatah marah kembali mengatakan mereka tidak ingat sejarah dan menuduh mereka tak bersyukur dan tak setia. Apa beza kita dengan US? yang kita tahu mereka sewaktu pimpinan Bush menuduh serta merta pemimpin2 Islam yang tidak bersetuju dengan tindakan US menyerang Iraq dan Afghanistan. Pemimpin2 Islam itu loyal pada US dan mereka hanya mahu membetulkan negara yang mereka sayang. Samalah di Malaysia. Kalau ada yang berniat jahat itu, khusnuzon adalah lebih baik kerana Allah adalah sebaik2 perancang.
Aku percaya jika majoriti pemimpin DAN rakyat Malaysia khususnya berfikir seperti ini, Malaysia akan lebih aman.
Kurangkan marah dan beremosi tetapi mulalah berlapang dada dengan orang kerana itulah kunci keamanan yang kita impikan.
p/s:tiba2 rasa nak cakap pasal benda ini setelah lama tidak menulis perkara2 yang berat.
3 comments:
tariq ramadan jr!
terbaik la mat..
perghhh!!
Post a Comment