Dahulu aku sangat aktif bersilat dan sangat gemar mengikuti majalah senibela diri dan salah satu perkara yang aku sering ingat dari majalah itu ialah majalah itu sering menceritakan adat-adat melayu yang aku lihat sebenarnya mengikuti nas-nas Islam. Benarlah kata seniorku, Islam tidak datang untuk mengubah melayu tetapi Islam datang hanya untuk mencantikkan adat-adat melayu.
Salah satu perkara yang aku ingat yang dipesan oleh guru-guru silat dalam majalah itu ialah adab memasuki gelanggang dan adat yang paling penting ialah mengosongkan dada. mengosongkan dada disini bermaksud benar-benar berniat untuk mempelajari segala ilmu yang akan diajar. Kadang kala kita memasuki gelanggang dengan perasaan kita sudah belajar silat dari guru lain dan perkara ini akan menyebabkan kita tidak dapat menguasai ilmu silat yang akan diajar oleh guru baru.
Sama saja situasi ini dengan adab kita dengan guru kita. Kadang-kadang kita datang usroh atau program, kita sudah mengetahui isi yang diajar oleh naqib atau speaker program tapi sekiranya kita tidak mengosongkan dada sebelum mendengar, kita sukar untuk mendapat ilmu yang diajar. mungkin ada ilmu baru yang akan disampaikan. Ilmu Allah itu kan sangat luas. Apabila kita tidak mengosongkan dada ini lah yang menyebabkan orang bercakap-cakap sewaktu majlis ilmu berjalan sedangkan adalah menjadi adab menuntut ilmu dalam islam pendengar senyap ketika penceramah atau guru bercakap. Masing-masing fikir yang dia sudah mengetahui ilmu ini dan tidak perlu lagi mendengar pengisian yang sama.
Di manakah berkat majlis ilmu tersebut?
Analogi perkara ini ialah, kita ada sebuah cawan dan kita isi dengan air kosong sehingga hampir penuh atau penuh. Bolehkah kita isi dengan air teh pada cawan yang sama sekiranya kita tidak membuang air kosong itu dahulu?
Mudah bukan prinsipnya tapi masih sukar untuk dilaksanakan manusia.
Marilah kita membuang air sebelum mengisi air yang baru. :)
2 comments:
ko ni title menarik perhatian betul.
hahahah
haha,tak leh lawan title ko kot.
Post a Comment