"mat dah btmbh alim sejak ke UK ni"
Ini bukan rekaan ye, ini adalah yang sebenar terjadi. tetapi aku tak merasakan yang aku makin alim sejak datang uk ini tapi aku hanya berasa yang aku kembali pada fitrah manusia sahaja.
Aku tidak mampu untuk memberi fatwa-fatwa kepada masalah-masalah hukum dan aku tidak mampu untuk memberi kata putus pada masalah orang ramai.
Aku hanyalah kembali pada Islam yang sebenar yang kita semua tahu yang adalah fitrah kita apabila kita lahir ke muka bumi ini. Aku taw ramai yang da pernah dengar yang Islam itu agama yang fitrah tapi korang taw tak ape maksud dia?korang taw tak apa yang dimaksudkan Islam itu agama fitrah?Let say ada orang kafir tanya korang,boleh ke korang jawab?
Fitrah ni adalah satu perkara yang memang ada dalam diri kita dan tidak perlu dipelajari dan kita tak dapat tahu fitrah kita sehinggalah kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kita. Contoh yang biasa, kita perlu belajar untuk mengetahui paku itu adalah tajam tetapi kita tidak perlu belajar untuk mengetahui paku yang tajam itu tidak boleh dicucuk di badan kita. Even kalau kita tak taw pun, kita akan rasa ragu-ragu untuk mencucukkan paku itu pada badan kita tetapi kita tidak akan ragu-ragu untuk memakukan paku itu untuk menyambung 2 papan.
Faham tak apa itu fitrah?dalam perkara yang lebih besar, perlu ke kita mengajar seseorang itu berasa keperluan keadilan dalam hidup ini? Even orang yang tidak pernah keluar dari hutan pun akan berasa yang keadilan perlu wujud dalam diri dia. Itulah fitrah dan segala apa yang diajar dalam Islam itu tidak pernah bertentangan dengan fitrah manusia itu. Pada sesiapa yang tak setuju,please tell.
Namun dalam hidup kita pada zaman ini, pelbagai perkara2 yang dilarang Allah telah dirasakan halal oleh umat Islam sekarang. Hiburan yang melampau, mengumpat, bercouple, pergaulan lelaki perempuan yang melampau dan banyak lagi la. Perkara-perkara ini sememangnya menyalahi Islam dan menyalahi fitrah manusia itu sendiri. Pada sesiapa yang pernah terlibat dengan perkara-perkara yang dicakap, pernah tak korang rasa bersalah atau rasa ada benda yang tak kena dengan benda yang korang buat itu?Sekiranya kita membuat perkara yang salah ini, hati kita akan berasa bersalah atau rasa ada benda tak kena apabila walaupun kita tak tahu benda itu salah. Let say main game atau berhibur secara melampau, at one point kita akan rasa menyesal dengan benda yang kita buat itu.mungkin sebab masa yang telah dibazirkan.
Oleh itu, cuba kita cek balik benda yang sedang kita buat ini adakah kita berasa senang dengan apa yang sedang kita buat atau hati kita seolah-seolah sedang ragu-ragu tentang betul tak apa yang kita sedang buat. Rasa ragu-ragu itulah petanda perkara itu mungkin bertentangan dengan fitrah kita.
Kembalilah pada Islam yang sebenar dan itulah fitrah kita yang sebenar.
Aku bukan menjadi semakin alim,aku hanya kembali pada asal manusia sahaja.
5 comments:
mari sama-sama jadi manusia yang asal =)
Aku bukan menjadi semakin alim,aku hanya kembali pada asal manusia sahaja.
serius style.
InsyaAllah kita sama-sama kembali pada fitrah.
two thumbs up mat. mabruk. keep it up.
InsyaAllah mentari.pray for me.
Post a Comment