Sedar tak sedar, hampir setiap hari kita akan berada di tebing yang curam. Korang sedar tak? Kalau tak sedar,cuba korang baca apa aku tulis dan kalau tak puas hati silalah beritahu.
Kita semua setuju yang dalam diri setiap manusia, ada makhluk Allah yang bernama nafsu. nafsu ini sangat mudah dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa ada dalam diri kita SEKIRANYA iman kita lemah.
Kita juga setuju yang iman setiap orang boleh naik dan turun.
Ini bermaksud yang kadang2 nafsu kita akan kalah dengan syaitan dan mengikut telunjuk syaitan.
Sekiranya kita samakan situasi ini dengan seketul batu di tebing yang curam dan ada seorang pekerja yang kerjanya sentiasa menahan batu itu dari jatuh dari tebing yang curam.tetapi ada seekor haiwan kecil yang selalu sahaja cuba menolak batu itu supaya batu itu jatuh. Sekiranya pekerja itu lalai dari kerjanya dan tidak melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh, haiwan kecil itu mudah sahaja dapat menolak batu itu. Dan apabila batu itu jatuh walaupun sedikit sahaja,batu itu akan tetap berguling-guling sehinggalah batu itu sampai ke kaki gunung.
Faham tak analogi ni?takpe,kalo korang faham pun aku cerita jugak.pekerja itu adalah iman kita,batu itu adalah nafsu kita dan haiwan kecil itu adalah syaitan. sekiranya iman kita itu lemah,syaitan mudah sahaja mempengaruhi nafsu kita.dan nafsu kita walau hanya terpengaruh sikit je pun dengan syaitan, kita akan membuat habis la maksiat tu.
Tak faham lagi?ambil contoh ni pulak.kalau tak faham lagi,bagitau la. Trend remaja sekarang ni cerita korea dan jepun(aku taw ade org tak suke tapi ni contoh je). kadang-kadang iman orang yang faham islam ni tinggi dan dia menolak habis-habisan cerita korea/jepun nih tapi kadang-kadang ada hari yang iman dia kurang sikit,syaitan akan bisik,'takpe la,tengok sikit je pun'.bila kita tergoda dan berniat nak tengok sikit je,kita akan menjadi batu yang bergolek itu.kita akan terus bergolek sehingga samapai ke kaki gunung(tengok sehingga habis satu drama).
Inilah gerak kerja syaitan.dia akan cuba menolak kita untuk jatuh sedikit pada tebing itu dengan memberi pelbagai ilham untuk menyedapkan hati walaupun kita tahu perbuatan itu salah. Adakah cukup untuk kita mengatakan pada Allah pada akhirat nanti kita sebenarnya nak tengok sikit je drama tu. Allah terima tak?
Aku pun selalu jatuh tebing itu dan entri ini lebih untuk mengingatkan aku sendiri tapi kalau boleh aku nak jugak anda semua sedar yang kita sentiasa ada di tebing yang curam setiap hari.
Jangan sampai ada antara kita yang jatuh dari tebing itu sehingga ke ceruk yang paling dalam iaitu neraka jahanam.Sakit bukan kalau kita jatuh hingga ke neraka jahanam?
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah
0 comments:
Post a Comment