Anda semua pernah tak menonton cerita Bersamamu dekat tv3?ataupun pernah tak anda semua mendengar macam-macam masalah yang dihadapi rakyat di Malaysia akibat takde duit atau tiada prasarana untuk mereka?ataupun pernah tak anda melihat keadaan rumah anak yatim yang keadaannya agak kurang selesa?
Aku yakin anda semua pernah melihat salah satu dari 3 situasi di atas. Kalau takde jugak,anda fikirlah keadaan orang islam kat palestine tu.kalau takde jugak,sila cek akidah masing-masing ye.
Mungkin anda semua pernah mendengar orang menyalahkan pihak zakat yang tak menyalurkan duit pada mereka dan kalau ada pun,peoses birokrasi itu sangatlah mengambil masa dan menyusahkan.tapi aku tak nak cerita pasal pusat zakat tu.kalo nak tahu pasal pusat zakat tu,pergi web ustaz asri(bekas mufti perlis).web dia tanye en. google ye.saya pun tak tahu.
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah masalah pemikiran umat Islam sekarang ini di Malaysia. Umat Islam yang lebih mementingkan hiburan dari rakyat-rakyat itu sendiri. Memang tidak dinafikan yang hiburan tu perlu tapi biarlah berpada-pada dan boleh diibaratkan jumlah hiburan dalam kehidupan itu seperti garam dalam masakan.hanya sedikit sahaja yang perlu.
Tetapi di Malaysia hiburan itu adalah sangat penting sehingga menjadi satu industri yang besar. Remaja-remaja berlumba untuk memasuki industri hiburan untuk menjadi kaya. Bila sudah masuk, aurat sudah tertinggal di basement,pergaulan lelaki dan perempuan hanya dilihat menggunakan kaki dan akan wujudlah peminat-peminat fanatik yang mengagung-agungkan dia sehingga mengalahkan rasulullah. Adakah ini yang kita mahukan dari remaja ISLAM dari Malaysia?
Sedarlah wahai pemuda, hiburan itu adalah salah satu gerak kerja syaitan yang mahukan teman di neraka kelak. Hendak diceritakan betapa teruknya dan seriusnya masalah hiburan di Malaysia ini sehingga kerajaan Malaysia telah membuat satu skim bernilai RM 3 juta bagi orang-orang dalam bidang hiburan.
Pelik bukan. Punya la banyak golongan-golongan yang aku cakap di atas itu yang lebih berhak terima dari artis-artis yang kerjanya mendorong perkara-perkara yang melalaikan,pihak artis ni juga la yang dapat RM 3juta instead of golongan-golongan yang layak itu. Aku tak taw la nak cakap ape dengan rakyat Malaysia sekarang ini.
Kita selalu mendengar orang melaungkan sokonglah industri muzik tanah air tetapi adakah dengan kita menyokong industri muzik itu dapat membantu kita menjawab di depan Allah nanti? Adakah bila Allah bertanya pada kita apakah yang kita lakukan di dunia, kita dengan berbangga boleh menjawab,saya dulu adalah penyokong kuat industri muzik Malaysia?BOLEHKAH?
Sedarlah wahai pemuda akan serangan-serangan pemikiran dari barat yang dirancang oleh syaitan. Jika kita semua memainkan peranan kita sendiri iaitu meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan ini, dengan sendirinya masalah seperti RM 3 juta pergi ke tempat tak sepatutnya akan diselesaikan. Untuk apakah kita melaung-laung pada kerajaan tentang polisi yang tidak islamik sekiranya diri sendiri ini belum cukup islamik?
astaghfriullah
astaghfirullah
astaghfirullah
p/s:tak puas hati sila komen.you are more than welcome to do that.
0 comments:
Post a Comment