Ana tak expect ape-ape pun dari antum semua, kalau antum semua jaga
ukhwah ini ana dah cukup gembira.
Orang yang bersedih terhadap kekalahan Man Utd adalah orang yang
optimis.
Aku tak expect yang benda ni akan jadi kat aku, aku dah buat semua benda
exactly perfect da. Kecewa gila la.
Assalamualaykum,
mesti korang ingat aku merepek or at least most of you tak faham pun apa kaitan 3 quotation ni. To make thing short, aku just go straight to the point. Ketiga-tiga petikan ini adalah berkaitan expectation manusia. Seting kita mendengar orang menyuruh kita menjadi optimis tapi adakah menjadi optimis itu 100% adalah perkara yang betul?
Seperti di atas, ada senior pernah berkata pada aku dan kawan aku mengenai expectation dia dan dia tidak memberi harapan tinggi menggunung pada kami supaya kami tidak berasa tertekan dan supaya backup plan sentiasa ada. Memang ada orang berpendapat senior ini seperti tidak mempercayai kami tapi ini adalah jalan yang paling terbaik kerana melalui cara ini, backup plan boleh dilaksanakan dan kita menjadi sentiasa berjaga-jaga.
But then again,kita sering mendengar yang untuk berjaya kita perlu sentiasa menjadi optimis. Aku tak nak berdebat panjang mengenai kejayaan di dunia, apa yang aku kesah adalah kejayaan di akhirat iaitu syurga. Adakah kita ini menjadi optimis dalam mendapat syurga? Adakah kita ini perlu menjadi muslim yang optimis dalam memikirkan syurga?
Dalam pandangan aku, kita hanya perlu sedikit sahaja perasaan optimis dalam mendapat syurga itu.SEDIKIT sahaja kerana perasaan optimis yang terlalu banyak hanya akan menimbulkan perasaan complacent dalam diri yang akhirnya membuatkan kita terlupa untuk berjuang mendapatkan syurga Allah.
Apa yang patut ada dalam diri kita ialah perasaan yang diri ini sangat sukar untuk mendapat tempat dalam syurga Allah. Sekiranya kita sentiasa berfikiran seperti itu, kita tidak bisa untuk berehat walaupun sebentar dari jalan mendapat keredhaan Allah. Jadilah seperti Umar al-khattab yang dalam dirinya sentiasa berfikir sekiranya semua orang dalam dunia ini masuk syurga dan hanya seorang manusia masuk dalam neraka,akulah orang yang masuk neraka itu.
Kita lihat bagaimana Umar yang amalnya berganda2 dari kita pun tidak bersikap optimis dalam mengejar syurga Allah, adakah patut kita bersikap optimis dalam mendapat tempat dalam syurga Allah?sama-sama kita fikirkan.
p/s:entri ini agak complicated sebab diri yang menulis ini dalam keadaan yang complicated jugak.harap2 yang membaca faham apa yang cuba disampaikan
1 comments:
faham! =)
Post a Comment