Pages

Monday, 5 April 2010

Syaitan itu selalu ada

Aku ada idea yang aku kira sangat menarik untuk diletakkan dalam blog rasmi msm emsy. sangat-sangat menarik(at least i think like that) tapi disebabkan aku membaca satu entri ini,aku menjadi bengang dan tak de mood nak menulis entri tersebut.

Benda ini membuatkan aku terfikir, betul ke aku ni marah sebab entri tu atau sebab lain? kadang-kadang kita bengang dengan benda lain tapi kita marah pada benda lain yang salahnya lebih kecil dari benda yang sepatutnya kita marah.

Dan perkara ini selalu saja terjadi kerana adanya Al-Khannas dalam diri anak adam itu yang kerjanya mencari peluang untuk mngajak anak adam membuat kejahatan dan aku rase malam ini aku telah berjaya diperangkap oleh syaitan untuk berasa marah pada perkara yang aku tak patut marah sangat.

At least aku sedar perkara ini(thanks utk rakan-rakan seperjuangan) tetapi adakah anda sedar apabila anda telah dijerat?

astaghfirullah
ataghfirullah
ataghfirullah

jika anda tengah marah, tidurlah dahulu jika boleh kerana otak anda akan lebih clear lepas tu. Oleh itu,aku tidur dulu dan nantikan entri yang menarik dekat blog msm emsy.

0 comments: