Pages

Monday, 5 April 2010

akhirnya,blog ini bermula.

ini adalah entri aku yang pertama setelah blog ini diwujudkan beberapa ketika dahulu.


credit kepada anish dan orang-orang tertentu yang telah memaksa aku menulis blog dan akhirnya terpaksa membuka blog sendiri kerana blog yg ada sekarang tidak berapa sesuai untuk sesetengah benda yang ada di hati ini dan perlu dikeluarkan.

seperti mana setiap ayat quran yang turun itu bersebab, beginilah juga entri blog aku ini yang insyaAllah ada sebab di sebalik penulisan entri itu.

Aku ada terbaca dalam satu entri yang ditulis oleh seorang sahabat yang aku yakin mempunyai niat yang baik tetapi tak taw la kenapa bila aku baca entri tu,hati aku rasa macam benda tu tak sesuai untuk dipamerkan di khalayak ramai.

Bukanlah nak kata ilmu itu elok disorokkan tetapi ada sesetengah ilmu itu lebih elok jika diberi apabila orang itu faham tentang Islam.

Melayu atau Islam? Perkara ini menjadi persoalannya dan perkara ini sebenarnya bukan mudah untuk dijawab pada satu entri sahaja kecuali orang yang membacanya benar-benar faham tentang Islam. Benda ini bukan semudah soalan objektif yang kita jawab untuk melepasi ujian dunia tetapi perkara ini memerlukan satu proses yang panjang untuk menjawabnya.

Mungkin ada yang berkata siapa lagi nak membela melayu jika kita tidak membela mereka? Aku cuba untuk tidak menjawab soalan-soalan seperti ini dalam ruang seperti ini kerana jawapan bagi soalan ini adalah seperti ditelan mati emak,diluah mati bapak. Jika aku cakap benda ini tidak relevan, perkara ini akan menimbulkan kemarahan orang lain tetapi jika aku cakap benda ini betul, sahabat dulu berkata;
“Bapaku ialah Islam, Aku tiada bapa lain selainnya
ketika mereka berbangga dengan Qais atau Tamim.”

Seperti yang aku katakan,perkara ini tidak dapat diterangkan hanya melalui satu entri. Aku tahu yang aku ini tidak cukup ilmu lagi tapi apa yang aku gusarkan perkara ini akan membawa satu kefahaman yang salah pada orang ramai. Seperti yang ditekankan dalam SCUK (spring camp uk), ikhlas itu adalah penting tetapi kefahaman tentang amal itu adalah lebih penting dari ikhlas kerana perkara ini boleh merosakkan orang lain.

Mesti anda yang membaca blog ni agak bengang kerana entri pertama da emo tapi inilah yang aku rasakan sekarang dan perkara ini tak boleh dimasukkan dalam blog lagi satu.so, just enjoy this blog as long as you can. kalo tak enjoy, makilah aku kerana aku tahu aku ni hanya lah seorang hamba.

2 comments:

anish said...

amboi.
first entry da emo.
lol.
tahniah dah bjaye ade own personal blog.
smoga penulisan membawa angin perubahan.
gulak2.

Izzuddin Yussof said...

haha dan post kedua pun emo gak :D

selalu2kanlah letak link kat status YM ekk, aku lebih rajin membaca link kat YM daripada dari link2 blog aku sendiri

semoga terus thabat =)

p/s: aku suka gak meluahkan emo kat blog, coz emo kat dunia maya x efek sgt kat dunia sbnr, tapi emo kat dunia sbnr akan bagi efek kat dunia maya dan dunia sbnr