Pages

Wednesday, 7 April 2010

Bola sepak itu menarik tetapi......



Aku adalah salah seorang penyokong Man Utd yang bersedih diatas kekalahan Man Utd dengan Bayern Munich. Satu statement yang sangat jelas dan ramai orang yang mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Aku pasti dengan perkara ini.

Aku masih ingat bagaimana perasaan aku sewaktu habis PMR dan bergiat aktif dengan arena menyokong Man Utd ni. Cakaplah saja mengenai Man Utd, insyaAllah aku boleh cerita dengan penuh perasaan dan dedikasi. Bila Man Utd kalah, memang tak de mood la dan aku masih ingat ada kawan yang bergaduh sebab pasukan kegemaran dikutuk. Kelakar btol la bila ingat balik. Dan keadaan ini berterusan sewaktu persediaan ke luar negara. Hujung minggu memang penuh dengan bola sepak dan aku rasa berbangga dengan kefanatikan aku itu.

Tetapi sejak aku sampai di sini, perkara itu semakin pudar dari hatiku. Memang aku sedih dengan kekalahan Man Utd tapi setakat itu je la. Perasaan tak semangat aku boleh buang sejauh mungkin dan menjalani hidup seperti biasa dan aku mula berasa sikap fanatik aku dulu seperti orang yang ntah pape la.

Mungkin kerana aku sudah faham ada team yang lebih besar dari Man Utd yang perlu aku sokong dengan sepenuh hati aku. Ada team yang tidak perlu aku sokong pun tapi aku perlu sokong kerana aku akan mendapat kerugian besar sekiranya aku tidak sokong. Team apakah itu? ISLAM.

Aku mula menyesal dengan sikap aku dulu apabila Islam diserang bertubi-tubi dan terdesak di Palestin. Aku tak berasa seperti bila Man Utd kalah pun. Aku tak berasa tak de mood dan marah pun bila orang mencabuli hak-hak umat Islam dalam dunia ini. Aku tak berasa keinginan yang kuat pun untuk membuktikan Islam adalah benda yang patut disokong dan diikuti oleh semua orang seperti aku berdebat dahulu agar orang menyokong Man Utd.

Adakah anda seperti aku yang dahulu atau sekarang? Kehidupan dunia ini hanya mainan dan janganlah anda leka dalam mainan ini seperti aku dahulu. Layan bola memang best tapi anda kena ingat ada benda yang lebih penting dari bola sepak itu sendiri yang boleh menentukan ke mana kita pergi di hari pembalasan nanti.

Terima kasih UK dan orang-orang yang berkaitan. Aku sangat teringin menjadi orang yang membeli akhirat dengan dunia. Tetapkanlah hatiku ya Allah.

11 comments:

anish said...

ter...
baek......

aku dulu fanatik korea..
gaduh2 ngn member pasal group korea favourite.
xde keje tol haha.

ali said...

yeah that's my man!
btw nice story there dude.

Izzuddin Yussof said...

haha disebabkan aku langsung x pernah fanatik bola sampai tahap camtu kan....

aku langsung x dapat nak faham kenapa orang boleh fanatik sampai camtu...

afb said...

@anish: tu la pasal.mmg kita slalunya akan lalui zaman macam ni(kecuali din kot. =,=").kalo kita berubah skrg,tu la yang membezakan kita.

@ali:ko de tak benda yang ko fanatik dulu nih?

@scorpie: dia bukan setakat bola je ni din.kalo pompuan kadang2 af.sampai nangis2 kan tp aku rase ko tak de langsung kot.dak kisas kan.hehehehe

Izzuddin Yussof said...

hahahah adeh ko... suka sgt kenakan aku kan...

haha camnerpun, bersyukur xde lgsg :P

PeRaNTau said...

team ISLAM...

istilah ko mmg mntap

ali said...

ade2. team rugby maktab la. kalah je ak down tros. haha

anish said...

aku link post ko.
time kasey!

afb said...

boleh je anish.spread the words.

haha,nak wat camne bro?coach turun pun jrg mase kita form 5.hehe

takde la cem.bese je.istilah ko lagi mantop kot sampai aku tak faham.hehehe

amira said...

lelaki tu,
aku sayang sgt dia,
salah sorang football fans,
malah dia sendiri sangat hebat di padang,
aku sendiri bangga tgok dia main,
his passion kpd football x leh aku nak sangkal lg...maybe aku x paham knape la dia minat sangat football ni (*walaupon aku sbnarnya agak minat jugak)...tapi aku x leh nak cakap cantu sbb aku x tau ape dia rasa, dah minat kan nak wat cane lagi...since its not a crime, aku x leh nak debat ngan dia...aku masih yakin lagi yang dia belum lupa tnggungjawab sebenar dia sbb dia pon asal dari sekolah agama kan, for sure dia berfikir gak pasal tu...tergerak hati aku nak bagi dia baca post ko ni so dia akan tersedar tntang match sebenar yang sedang berlangsung kat dunia ni...tapi aku rasa aku x kuat nak buat camtu...one day, aku harap sangat dia dapat jadi a man yang terbaik Islam nya, bersinar Iman nya dan hebat talent nya...imam terbaik untuk makmunya...a man that i will be proud of...InsyaALLAH amin~

afb said...

baca ko nye komen ni kan zafirah buat aku terfikir satu analogi yang menarik pasal bola.wait for the next entri.hehe