Pages

Friday, 9 April 2010

Bagaimana kita bermain bola di dunia sebenar



Aku bukanlah seorang pemain bola sepak sejati waktu zaman sekolah. Aku lagi prefer main rugby berbanding bola jika mewakili sekolah. Tapi aku tetap main jugak waktu-waktu petang dan apabila ada tournament inter-class. Posisi yang aku paling gemar ialah centreback. senang cerita bahagian pertahanan. Ramai kata boleh tahan la aku main(hehe) tapi kadang-kadang aku main macam orang tak reti main dan menyebabkan team sendiri kalah.

Kadang-kadang ketidakpandaian aku main untuk sesetengah hari tu adalah disebabkan malas atau tidak fokus dalam padang akibat memikirkan masalah-masalah dunia yang lain. Aku tidak memberi 100% fokus dalam matlamat aku waktu itu iaitu mempertahankan gol sendiri dan menyerang gol lawan.

Tidakkah anda yang lain pernah berfikir yang permainan bola ini sama sahaja seperti hidup kita? kita hanya ada dua tujuan hidup kita dalam dunia ini iaitu beribadah pada Allah dan menjadi khalifah.(pada yang tak setuju,sila comment la ye). Jika kita tidak fokus dalam dua matlamat ini atau kita malas, kita hanya akan menyebabkan pasukan lawan menang. Aku sangat sedar yang dalam dunia ini ada 2 team yang sedang berlawan bola pada peringkat akhir untuk mendapat kemenangan. Persoalannya, adakah anda sedar kewujudan 2 pasukan ini dan anda bermain untuk pasukan mana?

Untuk aku, aku bermain untuk pasukan Islam dan berlawan dengan pasukan kafir. Jika aku ingin memastikan pasukan aku menang, aku perlu sentiasa fokus dengan matlamat aku di dunia ini dan memastikan perasaan malas itu tidak ada dalam diri aku. Jika tidak, aku hanya akan menyebabkan pasukan Islam kalah dan layakkah aku untuk mengatakan yang aku ini bermain untuk pasukan Islam di akhirat nanti?

Yang menjadi masalah sekarang ialah pada manusia yang tidak jelas tentang kewujudan 2 pasukan ini dan tidak sedar yang mereka sedang bermain bola di dunia ini. Pada mereka yang tidak sedar, mereka hanya melemahkan pasukan Islam dan memberi laluan mudah pada pasukan kafir.

Jelaskan kembali matlamat hidup kita di dunia ini dan janganlah anda malas atau hilang fokus sewaktu bermain bola ini kerana hanya ada 2 kemungkinan di akhirat nanti. Sama ada kita berada dengan team Islam atau kita berada dalam team kafir.

Assalamualaykum.(kalo tak puas hati,comment la)

3 comments:

amira said...

yup agree...ko je la tolong aku bgtau dia~ hehe

anish said...

wo suke post ni.
ko entry asek nak bertemakan bola sepak je.
aku pun terpengaruh lol.

p/s : bela ikan plak ke.buat la bground itam.
stylo sikit.ke x reti.

afb said...

bese la tu anis.baru la jantan cite pasal bola.=,="

kalo tetibe aku gtaw die,maw makan penyepak je nnt.hahaha

p/s=jgn la str8 sgt anis.segan la saye.T_T