Bismillah.
Aku masih setia pada mu.
kita dan masyarakat.
Bismillah.
Life is simple
Exam?mudah sangat.
Bismillah.
Kutuk nabi.
Bismillah.
Aku kena study.
Bismillah.
Apa itu seks?
Bismillah.
Kudos to my best friend, Ali for telling me about this news and and I quickly googling for this news. Ok, thanks to you also Mr Google.
'The government had mooted the proposal last year following police records showing that at least 100 babies are abandoned each year in Malaysia. Other statistics show that every 10 days, an abandoned baby is found in the capital Kuala Lumpur alone'.
Mungkin akan ada orang kata pendidikan seks ini bukan setakat itu tapi akan juga mengajar tentang sex abuse atau tentang penyakit2 STD macam siflis dan AIDS. Come on, give me more excuse about this. I cant think anymore besides this things.
Ok, ni je analisis aku pasal isu ni. Kita dah nampak dia punya faktor pelajaran ini diproposed untuk diajar di sekolah.
Pada pandangan aku, masalah ini tak patut timbul pun. Masalah yang sebenar yang patut kita tengok bila kita tengok statistik pembuangan bayi itu ialah bagaimana institusi keluarga di Malaysia sekarang. BAGAIMANA?
Aku rasa anda semua boleh lihat, fikir dan jawab sendiri bukan? Hubungan kita dengan parents kita macamana? Hubungan kita dengan adik beradik kita macamana? Maybe not all of us but most of us hubungan itu hanya atas kertas dan hubungan darah semata-mata. Kita lebih rapat dengan kawan-kawan kita berbanding dengan family kita sendiri..
Apabila hubungan dengan family renggang, kita akan janggal untuk berbicara mengenai seks dan anak-anak akan belajar melalui media yang kita tahu bagaimana opennya media mengenai hubungan zina ini. Dan kabinet masih duduk meeting bagaimana nak setelkan benda ni dekat sekolah padahal benda ni masalah kat rumah lagi. Kalau hubungan kita dengan parents sangat rapat, kita akan lebih terbuka dengan parents dan parents akan lebih dapat mengawal perangai anak2 yang pada zaman remaja adalah sangat liar. Inilah solusi yang paling berkesan sebenarnya berbanding kita mengajar bagaimana untuk berzina secara selamat untuk mengelakkan lahir anak luar nikah. Ada ke cara berzina secara selamat yang mengelakkan dosa? ADA KE?
Aku faham perkara ini sangat susah untuk dimulakan apatah lagi dengan suasana Malaysia yang institusi keluarga makin hari makin banyak kita lihat makin runtuh. Jadi bagaimana untuk kita memastikan keluarga kita suatu hari nanti tidak menjadi keluarga yang kita asyik kutuk2 nih?
Aku pernah menjadi kanak-kanak dan aku selalu bergaul dengan kanak-kanak. Pada waktu kanak-kanak ini masih kecil iaitu sehingga 14 tahun lebih kurang, anak2 ini sangat2 percaya pada parents dan akan menceritakan segala-gala pada parents. Tapi pada waktu inilah parents sedang sibuk mengukuhkan kerjaya masing2 sehingga anak2 diserahkan pada org lain utk jaga. Bila da lepas 14 tahun baru la sibuk2 nak menegur anak2 yang pada waktu itu lebih percaya pada rakan-rakan mereka. Apa yang ingin dikatakan disini ialah jika kita tidak fully utilize umur anak2 yang pada waktu mereka percaya dengan kita, kita akan sukar untuk rapat dengan mereka pada kemudian hari dan sukar untuk menegur mereka.
Memang panjang kalau nak cerita tentang bagaimana untuk memantapkan institusi keluarga dan aku tau ramai yang tahu mengenai perkara ini tapi masing-masing disibukkan dengan kerjaya masing2 dan tak sempat untuk melaksanakan idea2 utk memantapkan institusi keluarga itu. Jadi carilah keseimbangan dalam hidup anda sepanjang anda hidup di dunia ini kerana kalau kita gagal utk mencari balance itu, kita akan dikira gagal dalam hidup di dunia ini.
Panjang lak aku cerita kan. Point aku ialah isu pendidikan seks itu tidak patut wujud pun sebenarnya. Perkara yang lebih menjadi priority ialah bagaimana utk memantapkan kembali institusi keluarga itu sendiri kerana institusi keluarga yang mantap insyaAllah akan melahirkan seorang insan yang mantap dan tidak terjadilah isu zina secara selamat atau tidak ini.
Wallahuallam.
BTN
Bismillah.
Aku tau tak ramai pun junior aku atau orang yang akan fly bace blog aku tapi why not I just write something about it. Mana la taw ada abg2 atau akak2 yang akan ditanya oleh adik masing2 kan.
Aku tak merasakan yang BTN itu teruk. Aku tidak merasakan BTN itu cuba mengubah akidah aku. Aku berasa yang fasi aku pada BTN itu sgt baik kerana tidak seperti kawan-kawan aku cerita ttg fasi diorang.
At least, that is what I thought.
Tapi setelah jadi dewasa sikit ni aku mula berasa yang BTN itu sebenarnya cuba mengubah akidah aku. Aku mula berasa yang fasi aku tu tak faham Islam secara total dan menyebabkan dia telah meletakkan kefahaman yang salah dalam diri aku. Alhamdulillah aku sempat hidup untuk mengubah kefahaman aku.
Basically aku tau yang BTN tu byk content tak betul. Macam negara come before agama (macam cakap dunia lg penting dari akhirat). Tapi fasi aku sgt sporting dan bagi aku dia tidak menunjukkan penentangan yang byk bila aku cakap isu tentang Islam tapi dalam keadaan yang aku tidak sedar, dia telah memberi aku satu pemikiran yang tidak patut ada sebagai seorang muslim.
Aku harap sesiapa yang baca ni cek balik kalau-kalau ada pemikiran BTN yang korang pegang. Tak kate totally sesat tapi most of it yes. We are talking about akidah dan iman kita di sini. Alang-alang korang cek tu, cek la sekali prinsip-prinsip lain yang korang pegang sekali. Mane la taw tu prisip ahli neraka kan. I'm just saying.
Aku igt satu soalan yang ditanya pada aku dan aku rasa aku salah jawab. Only Allah knows how bad I want to turn back the time and answer this question back.
Anyway, soalan ini bergantung pada pendapat masing2 dan aku sangat-sangat yakin ngan pendapat aku sekarang which is aku menyokong tindakan tu.
Ada apa dengan nama?
Bismillah.
Neraka itu juga disediakan untuk KITA.
Sahabat-sahabatku,
Ada sungai-sungai yang mengalir di syurga. Ia mengalir di bawah kita, bukan di tepi-tepi kita seperti di bumi. Alangkah indahnya, lebih indah dari Istana Puteri Balqis. Ada sungai susu, ada sungai arak yang murni, ada sungai madu. Tetapi, susu, arak dan madu di sana lebih lazat berbanding di sini. Juga, ada mata air yang mengalir. Indahnya pemandangan di sana. Dengan pakaian sutera halus yang hijau serta gelang yang dibuat daripada perak yang lebih hebat dari mana-mana cincin perkahwinan di dunia, kita pula akan berehat dan duduk bersandar di bantal-bantal yang empuk, permaidani-permaidani telah terhampar, dilayani oleh pelayan-pelayan yang sebaya dan sangat menarik. Tiada lagi terik matahari, tiada lagi sejuk yang melampau. Seolah-olah semuanya berkhidmat untuk kita. Kita mahukan apa sahaja, mintalah. Ia akan datang. Petik saja buah-buahan dari pohon. Subhanallah. Bidadari dan bidadara akan bercengkerama di sekeliling kita. Ya, ada biadadari khas untuk Umar al-Khattab. Berdahi besar, berkulit hitam manis, bawah matanya berwarna biru, atas matanya berwarna merah. Malah, sangat pemalu, duduk berasingan di saat-saat bidadari lain sedang bercengkerama. Kita akan hidup dengan pasangan cinta kita. Si isteri akan tinggal bersama suaminya yang terakhir ketika hidup di dunia. Bukan soalnya kita akan tinggal dengan siapa. Soalnya, ada tempatkah untuk kita di taman-taman hijau itu? Mereka akan melayan kita dengan gelas-gelas dipenuhi air. Air dari mata air bernama Salsabil. Gelas itu tidak sama dengan gelas sekarang. Kita akan makan dan minum, tapi bukan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Kita makan dan minum, semata-mata untuk makan dan minum. Kebun-kebun milik kita, anggur-anggur adalah kepunyaan kita. Tidak perlu takut kalau terlambat ke Perang Tabuk. Kerana, tiada perkara-perkara tidak berguna di sana. Tiada cemburu, tiada marah, tiada hasad dengki, tiada kezaliman dan tiada penindasan. Yang ada hanya kenikmatan, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan. Di sana, kita akan menikmati kelazatan nikmat-nikmat syurga. Subhanallah. Melihat wajah Allah, muka kita akan berseri-seri. Siapa yang tidak suka melihat wajah seorang Kekasih? Ahh, rindunya kita pada kampung halaman itu.
Namun…ada air mendidih dan bernanah di neraka. Itulah air kita di neraka. Pernah ambil dan belah mata lembu? Mungkin seumpama itulah air bernanah. Malah di neraka, ia lebih teruk lagi. Makanan kita pula adalah pohon-pohon berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar. Kalau sekarang terkena duri pon sudah sakit, apatah lagi saat ia menjadi makanan kita di sana. Ubun-ubun kita akan ditarik lalu dihumbankan ke dalam neraka. Lalu, kita akan memanggil rakan-rakan kita. Namun, Allah memanggil malaikat Zahbaniah untuk menyeksa kita. Astaghfirullah. Juga, ada ramai penjaga kita, yang mengintai-ngintai kita. Malaikat Malik sendiri mempelawa kita ke neraka dengan muka yang bengis. Neraka membara, kerana menahan marah. Pernah tengok orang yang terlalu marah tetapi ditahannya? Neraka marah kerana kita telah menolak kebenaran Tuannya, Kekasihnya. Api-api neraka menyala-nyala dan tersembur-sembur setinggi istana. Ahh, besarnya. Kitalah bahan bakar api neraka. Astaghfirullah. Fira’un, Abu Jahal, jin, kala jenking dan haiwan-haiwan berbisa adalah peneman kita. Abu Lahab juga ada di sana. Isterinya turut sama, membawa kayu bakar sambil di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal. Api neraka yang membakar kita itu sangat panas. Itulah Hawiyah. Tahukan kita apa itu Hawiyah? Api neraka itu akan membakar sampai ke hati, saat-saat kita terikat di tiang. Itulah Hutamah. Apakah belum pernah sampai kebenaran kepada kita? Mengapa kita masih menolak? Ahh, seksanya. Kita minta untuk dimatikan, tetapi sungguh jawapan Allah, kehidupan di neraka itu kekal abadi.
Kawan-kawanku, mari sini sebentar…
Untuk siapa syurga dan neraka itu? Untuk orang lain kah? Neraka itu untuk orang lain? Sungguh, syurga dan neraka juga adalah untuk orang beriman, untuk orang yang berdakwah, untuk KITA.
Brothers and Sisters,
Sebab itu dakwah bukan sekadar maratib dan mihwar, marhalah dan wasilah. Ia juga bukan sekadar ukhuwwah dan usrah, mahupun dakwah fardiah dan planning. Ayuh, bicaralah juga tentang Syurga dan Neraka.
Wahai diri, hambalah! Wahai akal, luruslah! Wahai hati, ikhlaslah! Wahai mata, menangislah!
WAHAI IMAN, GETARLAH!
This article is not from me but it's from my sahabat, Ammar Roslizar and I am sure he will approve my doing in copy this article because our heart have become one. Please pray for him, all the muslim and me.
Cerita sedih?
World from my eyes
Budak kecik dan budak besar.
Dalam hidup aku sejak umur 17 tahun (kot), sering ada watak-watak budak kecik dalam hidup aku.
Malaysia negara Islam
Ada aku kesah?
Aku pernah dengar kawan aku sembang;
Tudung membuatkan wanita terkongkong?
Kakak aku kasi aku video nih. Enough said and just watch it guys. It is really cool video.
Faham itu perlu datang sebelum ikhlas.
Bagi sesiapa yang berasa aku punya tajuk kali ini salah, sila teruskan membaca.
Menegur biar kena pada caranya
Aku melihat ramai kawan aku yang makin aktif menegur orang. Aku gembira dengan perubahan mereka.
Api itu perlu disiram dengan air.
Sebelum ini aku ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang panas baran.(sekarang pun sama tapi kurang sikit). Kena pulak muka macam orang pecah rumah, memang ada bakat la nak jadi orang suka bergaduh. Tapi Islam itu melarang kita menjadi orang yang panas baran dan menyuruh kita agar bersabar. serius susah.=_="