Bismillah.
Lengkap sudah hari pertama puasa. Harap-harap Allah menerima puasa kita.
Sesudah berbuka di rumah tadi, aku bergegas ke masjid untuk mengejar solat jemaah di masjid, namun aku terlambat. Tapi tak pe sebab aku nampak seorang remaja dalam 16-17 tahun gamaknya. Kemudian terjadilah situasi ini;
Aku: da solat maghrib da?
Asmadi (bukan nama sebenar) : belum
Aku: jom la solat sekali
Asmadi: tidak membalas pape (senyap tanda setuju)
Aku pun mengambil role as imam dan disebabkan solat berdua, posisi lain dari biasa. Malangnya Asmadi tidak tahu. Aku pun ajar sekejap dia nak berdiri kat mana.
Aku: ok, tolong iqamah
Asmadi: erm, tak hafal la bang.
Aku: owh, ok.
Aku pun iqamah dan mengimamkan solat itu.
Aku agak terkejut kerana remaja itu tidak menghafal iqamah kerana selama ini aku belajar dalam comfort zone which is asrama penuh.(MRSM actually). Jadi aku tak pernah menggambarkan ada remaja begitu.
Namun aku tahu hakikat masyarakat sekarang agak parah dan kerja KITA masih panjang.
Maaf kerana tidak sempat aku untuk berkenalan lebih dengannya kerana dia pergi awal.
p/s: mungkin ada menganggap perkara ini kecil tapi mungkin ini gambaran kasar masyarakat kita.
Wednesday, 11 August 2010
Remaja dan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
true!
wehhh
kesian dia x reti iqamah
azan reti x
lorh, ko budget aku nak wat ujian kafa lak kat situ.
hahaha
tp, rase2 tak la kot.
huhuhu
Post a Comment