Pages

Tuesday, 10 August 2010

Kita dan sesat

Bismillah.

Janganlah kita menjadi golongan yang sesat atas muka bumi ini

Sering aku mendengar kata-kata ini di ceramah agama. Dan melalui pemahaman aku, maksud kata-kata itu adalah merujuk cara hidup kita atas muka bumi ini iaitu janganlah kita menyimpang dari cara hidup Islam kerana itu ialah kafir dan kafir itu tempatnya di neraka.

Namun, pengalaman mengembara dari Gombak ke Seremban bersama Scorpie(bukan nama sebenar) dan Chong(bukan nama sebenar) telah memberi satu definisi baru bagiku untuk kata-kata itu. Perjalanan yang sepatutnya sejam tambah sikit2 menjadi 2 jam angkara Scorpie sibuk berbual dengan Chong dan aku hingga terlepas exit yang sepatutnya. Itu tidak mengapa barangkali kerana ada kejadian yang lebih memilukan selepas itu.

Akhirnya kami sampai ke bandar Seremban dan kami bertanya pada orang Seremban yang ada dalam kereta di mana spot yang menarik? jawabnya tidak tahu =_=". Kami pun berpusing-pusing sebentar di bandar Seremban kerana ingin mencari restoran Nelayan Seafood di jalan Zaaba (aku da jumpa dah nama restoran tu ngan da google map da kat mane). Tapi hasilnya hampa dan kami membuat keputusan untuk makan di fastfood sahaja.(down kejap).

Cerita sebenar bermula disini.


Theoricallynya, inilah jalan yang patut kami ambil untuk menghantar seseorang ke ktm seremban dari tempat kami parking kereta yang kalau ikut google map, 4 minit je kot. Tetapi disebabkan oleh kami sangat siqqoh/percaya pada orang Seremban, kami ikutlah arah yang ditunjuknya.

Kami terus berjalan mengikut arahannya sehinggalah kami rasa ianya terlalu jauh dan kami telah sampai ke satu tempat yang sangat seram. bayangkan anda berada di atas jalan raya yang kosong dan di depan anda ada flyover yang merentasi atas jalan raya yang anda lalui dan selepas flyover tu, apa yang ada hanyalah gelap gelita. Seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas flyover tu. Kami buat u-turn sebab nampak benda tu la. Kalau tak, rasa-rasanya orang Seremban tu akan suruh terus je lagi.

It's end up kami jalan sampai sini.


Which about 6.2 km dari tempat kami parking.(Nasib baik tempat yang menyeramkan itu wujud)
Menyedari kami sesat, kami pun mencari jalan pulang tanpa bergantung pada orang Seremban. Akhirnya kami berjaya sampai ke ktm.



Which about 6.6 km.

Anyway, I think all of you got the point. Kitorang sesat kerana mengikut instruction org seremban sendiri. Bukan nak mengutuk tapi anggaplah sebagai pengajaran. Yang lain-lain tu pun, make sure la anda semua menjadi pakar tentang jalan-jalan kat area rumah anda kerana khidmat anda amat diperlukan oleh kawan anda. Jangan lupa kenalpasti juga spot2 makanan yang best sebab penting untuk kawan2.

Jadilah berguna pada orang lain sepertimana yang disebut dalam 10 muwasafat tarbiyah.

Kepada yang berkenaan, ini hanyalah coretan diri ini untuk mengingati kenangan kita ini.

Ukhwah membina kenangan,
kenangan membina ukhwah
(ambik ayat rashdan manchester lagi)

Semoga ukhwah kita terus berkekalan.

3 comments:

Izzuddin Yussof said...

hahahahah serius aku suka XDD

menanti2 chong utk pulang dari kampung dan baca post nih XD

adlan wafi said...

kah3, fikri...aku gelak kuat sorang2. lawak gilerrrr

ni fav part aku

"Kami terus berjalan mengikut arahannya sehinggalah kami rasa ianya terlalu jauh dan kami telah sampai ke satu tempat yang sangat seram. bayangkan anda berada di atas jalan raya yang kosong dan di depan anda ada flyover yang merentasi atas jalan raya yang anda lalui dan selepas flyover tu, apa yang ada hanyalah gelap gelita. Seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas flyover tu. Kami buat u-turn sebab nampak benda tu la. Kalau tak, rasa-rasanya orang Seremban tu akan suruh terus je lagi."

afb said...

@din: seteragel giler aku buat post ni. tak penah aku seteragel camni utk blog.hahaha

@adlan: ni pun the best part of the journey sebab before tu, chong confident je cakap "aaaa, straight2". hahahaha