Pages

Monday, 30 August 2010

Merdeka dan kematian.


Bismillah.

Aku membaca beberapa blog kawan aku dan mereka asyik bercerita tentang kematian. Kematian jiran dan takut kematian parents. Ini buat aku terfikir tentang beberapa kejadian yang terjadi pada aku baru-baru ini.

Masa aku masih di UK, aku diberitahu yang mak cik aku sakit misteri. Sakit yang membuatkan badannya menjadi besar dan lama-kelamaan dia menjadi tidak larat untuk bergerak dan terlantar di katil. Pelbagai rumours yang aku dengar. Sakit buatan orang la, ape la but anyway dia sakit masa tu dan aku berharap aku sempat bertemu dengannya bila aku pulang ke Malaysia. To make story short, I didnt get the chances to meet her.

Aku tak la sedih sebab aku faham yang hidup mati itu normal cuma aku berasa sedih dengan sepupu-sepupu aku. Anak dia ada 5 orang dan yang paling tua hanya berumur 15 tahun dan yang paling muda berumur 5 tahun. Aku sering terfikir it must be hard on them to face this incident at early ages.

Namun, aku faham makna takdir yang Allah telah tetapkan. Mungkin anak mak cik aku itu akan menjadi sehebat Rasulullah yang kehilangan ibu dan ayah pada umur yang muda juga. Mungkin perkara lain akan terjadi tetapi aku yakin, He knows best.

Cerita 2.

Aku telah mendapat peluang untuk ke Beirut. Palestine refugee camp to be exact. Kalau ada yang tak kenal jugak, Shabra and Shatila? Did it ring any bell?

Anyway, aku dapat peluang untuk melawat, belajar dan menyerahkan bantuan pada pelarian-pelarian Palestin dari negara sendiri akibat perbuatan Israel.

Kenapa benda ini aku cakap seolah-olah perkara besar?

Sebab sehingga kini, kawasan itu sangat fragile kerana Israel itu adalah satu bangsa dan negara yang sangat kurang ajar. Kawasan itu masih lagi berisiko untuk diserang pada bila-bila masa. It's been proven before.

Jadi tempat ini sangat sukar untuk dikunjungi dan bukan menjadi tempat favourite bagi orang-orang lain kerana tak dapat la nak masuk senang-senang tempat pelarian kalau tak de contact. dan mungkin bagi orang-orang lain, pergi ke sana ibarat menempah maut. Maklumlah, bila-bila masa sahaja bom fosforus boleh jatuh ke situ.

Tapi aku ada kawan baik. Nama dia Ammar. Satu tempat belajar dengan dia selama 4 tahun(MRSM Taiping dan KMB). Aku ada cerita pada dia mengenai benda ini dan perkara yang pertama yang muncul dari mulutnya ialah;

"Aku doakan kau mati kat sana. InshaAllah syahid.
Kalau ko dapat peluang untuk masuk Palestin, masuk je.
Jangan fikir banyak. Dalam ni tak de rase gentar kan?(sambil tepuk dada aku)"

Terdiam aku sebentar. Terharu munkin dengan kata-katanya. Kata-katanya sering membuatkan aku berfikir dan tersentuh hatiku.

Dan semangat aku untuk mati syahid semakin menebal, bukan hanya sekadar mainan mulut.

Mati syahid atau hidup mulia.

Mudah untuk berkata tapi bila aku dalam posisi ini yang mempunyai peluang besar untuk mati syahid, goyah juga pendirian aku kadang-kadang. Maklumlah, banyak benda yang ada di dunia ini sangat mudah untuk masuk dalam hati kita. Parents, harta, isteri, kawan dan macam-macam lagi lah. Kalau anda diberi peluang, beranikah anda?

Namun, biasalah rasa goyah itu masuk dalam hati kita. Syaitan punya kerja kan. Cuma apa yang perlu kita ingat ialah siapa yang tidak berani mempertahankan Islam baik dari perbuatan,kata-kata atau paling lemah hati, boleh saja kita samakan seperti orang munafik. Di mulut kata Islam tapi tidak berani untuk mempertahankan apa yang kita percaya.

habis cerita 2.

Manusia sekarang memang takutkan kematian. Sama ada kematian diri sendiri atau orang terdekat dengan dia. Perasaan ini mungkin adalah petunjuk yang dunia telah masuk dalam hati kita dan menyebabkan perasaan untuk mempertahankan Islam dalam diri kita tiada. Sedangkan kehidupan dalam dunia ini sementara hanya.

Tatkala anda membaca blog ini, mungkin rumah anda runtuh dan anda mati.

Tatkala anda membaca blog ini, mungkin ribut taudan melanda rumah anda.

Tatkala anda membaca blog ini, mungkin ada kereta melanggar anda.

Jadilah seperti pengembara yang singgah di suatu kawasan. Barang yang ada padanya sikit sahaja kerana dalam diri dia, dia sudah bersedia untuk pergi pada bila-bila masa sahaja.

Sempena hari kemerdekaan Malaysia ini, marilah kita merdekakan diri kita dari belengu dunia ini dan sentiasa bersedia untuk mati dan pastikan mati kita bukan mati sia-sia. Setiap manusia akan mati, cara kematian itu yang membezakan setiap manusia. Sakit jantung atau ditembak israel, aku lebih memilih untuk mati ditembak.

Persoalannya, adakah anda sudah merdeka dari dunia ini dan bersedia untuk mati?

3 comments:

Akmal Aliff said...

pergh mat... ko mengolah tajuk "merdeka" dengan genre yg sngt berbeza dr ape yg aku buat...

nice one la mat...

omputih kate: one good reminder
=)

anish said...

ingat pasal mati best kan weh
bukan best camne
tp rase sedar sikit...

pasal palestine tu,aku dgr cite ade senior ireland yg g masuk palestine and mati kat sana,org kata dia mati syahid.best weh....

afb said...

@akmal: aku da lame nak tulis pasal mati ni. alang2 merdeka, kaitkan je la.

@anish: senior ireland tu bukan org msia la kan?ke org msia?