Pages

Saturday, 28 August 2010

kita dan takdir

Bismillah.


kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib kita sehari-hari.

kadang-kadang kita tertanya-tanya masih adakah tempat untuk kita di dunia ini.

Inilah yang selalu kita katakan apabila ada halangan di hadapan jalan hidup kita. Kita akan rasa seperti hidup kita adalah sangat sukar dan tertanya-tanya dimanakah pertolongan Allah.

Kadang-kadang orang akan berkata pada kita, sabarlah kerana semuanya takdir.

Speak easier than done though. Mungkin orang yang berkata itu tidak mampu pun untuk berkata perkara yang sama pada diri sendiri apabila benda yang sama menimpa diri mereka sendiri. Dan orang yang ditimpa masalah itu mungkin tidak dapat menerima pun kata-kata yang ini hanya takdir Allah.

Inilah yang terjadi apabila masing-masing tidak faham konsep takdir Allah. Mereka faham itu adalah ketetapan Allah tetapi kefahaman itu sangat dangkal hingga tidak dapat mendalamkan keimanan mereka sebaliknya menjadikan keimanan mereka semakin kurang.

Sebelum kita bercerita tentang takdir Allah, elok kita cerita tentang perkara yang mudah untuk kita fahami.

Katakan aku sekarang ini ialah pensyarah university. Jadi untuk memastikan pelajar-pelajar aku belajar dan menjadi bijak, aku akan membuat test2 dan exam untuk memastikan mereka belajar dan menjadi pandai selepas berjaya menjawab soalan yang aku buat. Sebagai seorang pensyarah, aku akan memastikan soalan yang aku buat itu boleh dijawab oleh pelajar aku jika dia benar2 bersedia. Sekiranya soalan itu terlalu senang, objektif exam tidak tercapai.

Sekarang kita lihat situasi hidup kita.

Allah ialah tuan kita. Sebagai tuan kita, Allah mahukan setiap hambanya dekat padaNya dan cinta padaNya. Jadi Allah menyediakan pelbagai test2 dan exam2 untuk menjadikan kita lebih dekat dan cinta padaNya. Sebagai tuhan yang maha adil, Allah akan memastikan manusia sepatutnya dapat melepasi ujian yang diberi itu dan menjadikan manusia itu lebih cinta padaNya. Namun bagi manusia yang tidak bersedia, mereka tidak dapat melihat ujian2 ini sebagai suatu cara yang telah Allah sediakan khas untuk kita meningkat perasaan cinta pada Allah. Seperti mana ujian yang diberi oleh pensyarah, ujian Allah ini hanya boleh dilepasi apabila seseorang itu mempunyai persiapan yang rapi iaitu iman yang kuat.

sebagai contoh, setiap manusia ini dilahirkan berbeza. Ada yang kaya, miskin, yatim, cacat, muka buruk dan macam-macam lagi la. Ramai sahaja orang yang mempersalahkan takdir dan menggunakan alasan itu untuk tidak mendekatkan diri pada Allah. Mungkin ada orang yang miskin tidak dapat merasakan miskin itu satu nikmat dari Allah dan lantas semakin lupa pada Allah. Padahal sekiranya kita yakin yang Allah itu maha adil, sepatutnya kita sedar yang bahawa Allah mengetahui kemiskinan itulah condition yang sesuai untuk seseorang itu mencintai Allah. Mungkin orang itu sekiranya diberi kekayaan tidak mampu untuk menggunakan kekayaannya untuk mencintai Allah.

Satu contoh khas untuk kawan aku yang tiba-tiba kena balik uni dan terlepas raya dengan family. Sepatutnya anda yakin yang ini adalah situasi yang paling baik telah disediakan oleh Allah untuk anda mendekatkan diri pada Allah. Mungkin sekiranya anda dibenarkan raya bersama family, mungkin anda tidak mampu langsung untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Post ni agak pelek even untuk aku sendiri tapi ni la kesan lepas berapa lame ntah tak menulis. ayat cam hape ntah. anyway, it's a start insyaAllah (again).

Semoga kita lebih memahami takdir dan dapat mengubah pandangan kita terhadap apa-apa kejadian yang terjadi dalam hidup kita sebagai satu ujian yang dicipta khas untuk kita agar kita lebih dekat/mencintai Allah.

Waalahualam.

0 comments: