Bismillah.
Sebulan lebih sudah aku berada kat malaysia. Macam-macam tempat pergi. Macam-macam cerita sudah didengar.
Tapi kalau cerita-cerita kat Malaysia ni, benda yang paling penat nak dengar ialah cerita politik la. Kadang-kadang isu biasa pun boleh jadi isu politik. Penat membaca dan mendengar. Kalau baca paper, regardless mana-mana paper pun, banyak la cerita politik-politik nih. Lepas tu banyak la kenyataan bidas membidas akan muncul.
Kalau pemimpin dah bidas-membidas tu, akan ada la anak buah yang bergaduh ngan anak buah yang lagi satu. Malaysia oh Malaysia.
Tapi benda ni bukan setakat terjadi pada orang politik serta pngikutnya saja, orang yang dalam jalan dakwah pun sama jugak.
Inilah jadi kalau ada sikap taasub dalam diri. Taasub ni kalau maksud bahasa, tak tau le pulak. Maklumlah, orang tak pandai arab. Tapi I think I know maksud dalam segi penggunaan. Nak cakap dalam perkataan susah la pulak.
Tapi basically situasi dia macam ni la, kita fikir iphone adalah handphone paling agung dalam dunia. langsung tak de cacat cela. tapi suatu hari ada orang datang dan memberitahu kita iphone ni ada sedikit kekurangan dan kita pun mula lah berbalah dengan orang tu sebab kita sangat yakin dengan iphone walaupun orang yang datang itu sudah memberi bukti pada kita yang iphone ni ada kekurangannya. Pada waktu ini, bolehlah kita digelar taasub dengan Iphone.
Contoh lain, kalau orang bangkang cadangan kita atau menegur sikap kita, kita sangat marah dan terasa. Itulah taasub dengan diri sendiri.
Kalau kita sangat mengikut kata-kata supervisor/naqib walaupun menyalahi organisasi/tanzim kita, itulah taasub.
Kalau kita sangat mengikut tanzim/organisasi kita walaupun menyalahi Islam, itulah taasub.
Bukanlah nak kata taat itu salah, cuma kalau ia sudah menutup ruang akal kita berfikir dan bersikap kritikal, tak kena lah sikap itu.
Sikap taasub ini sangat bahaya kerana ia boleh membuat kita buta dari kebenaran sebenar. Ia juga boleh membuatkan kita bergaduh dengan orang kerana kita tak dapat nak membuka minda kita dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh pihak satu lagi. Ia SANGAT bahaya kerana ia adalah punca ummah berpecah.
Jauhilah dari sikap taasub samaada pada diri sendiri, naqib, guru, supervisor, kawan, tanzim dan apa-apa lagi lah kerana banyak buruknya dari kebaikan. Bukalah minda kita untuk memahami orang lain dan taasub itu bukan cara yang betul untuk ini.
Wallahualam.
Saturday, 7 August 2010
Kita dan taasub.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
dosa yg plg org selalu buat bila dah taasub
dosa2 kat dlm surah hujurat
(muhasabah diri gak nih...)
Post a Comment