Pages

Sunday, 29 August 2010

Bahasa dan kita.

Bismillah.


Semalam aku pergi la iftar bersama pakcik2 IKRAM yang lain kat area rumah aku ni. Aku pergi dengan ayah aku. Masa iftar tu, ada la sesi sembang menyembang dan terjadilah situasi ini.

Pakcik A: kuey biso ngomong jowo?
aku: err, boleh la sikit2. faham tu boleh la.(sambil tersenyum sumbing)
Pakcik A: mak jowo, ayah jowo. kuey mesti pandai ngomong jowo.
aku: susah gak camtu pakcik( cakap dalam hati je la)

Masa nak balik,

Pakcik A: kuey arek terawikh mana jap lagi? (aku tak igt ayat sebenar apa)
aku: masjid kat sebelah sana la kot (masih senyum sumbing)


Masa kecik-kecik selalu makan benda ni(bukti aku orang jawa.haha)

Well, aku orang mengaku aku orang jawa (tapi dapat scholar mara yg untuk melayu.layan.). Tapi bukan itu yang aku nak katakan.

My conversation with the pakcik make me flash back a few days before while I'm in the car with Afif( my fellow friends from UK) about his family.

Aku: hebat sungguh akak ang. cakap english ngalahkan ang yang belajaq kat manchester. aku pun tak cakap camtu ngan kawan melayu aku.
afif: memang la dia hebat, dia sekolah rendah kat uk. aku sekolah rendah kat penang jah.mana
nak dengaq orang speaking english kat sekolah rendah penang. Suma pakat aku hang jah.
Aku: Pergh, gempak giler akak ang. Kecik2 da dapat scholar pegi sambung sekolah rendah kat
UK.
Afif: Aku tampaq ang sat gi. Dia pi sana sebab ikut ayah aku sambung Post grad kat sana la.
Before tu dia lahir kat US masa ayah aku wat degree kat sana.
Aku: Owh, mana nak tau.
Afif: Abang aku lagi power. Dia buleh cakap melayu,english ngan arab. sekarang dia dok cakap
arab la ngan anak dia.
aku: Kan best kalau aku buleh buat camtu gak.

Dialog diatas ada diubah2 sikit.

Anyway, did u got my point here?

Apa yang aku nak cakap ialah untuk menguasai sesuatu bahasa itu bukanlah bergantung pada kepandaian ibu atau bapa seseorang bercakap bahasa itu 100% sebaliknya bagaimana suasana dalam pembesaran anak itu yang penting.

Satu advantage bukan kalau kita dapat bercakap bahasa yang lain selain bahasa melayu. Dalam perjalanan yang sama bersama Afif, kami mendengar satu slot yang cuba mengajar pendengar berbahasa english dengan cara membuat prank call di radio ERA. Pada slot itu, akan ada seorang menyamar menjadi mat saleh dari Aussie dan cuba membeli atau menawarkan sesuatu pada orang yang ditelefon. I have to say it's quite funny but when I think deeper, aku agak terkejut dengan level english rakyat malaysia. Kalau yang ditelefon itu orang yang sudah tua, aku boleh terima lagi tetapi orang yang ditelefon itu ialah orang2 muda. Mungkin inilah kesan aku hidup dalam dunia ideal terlalu lama(MRSM) dan tidak dapat melihat keadaan sebenar rakyat Malaysia.

Melihat kembali sejarah hidup aku, aku bersekolah menengah di MRSM Grik yang separuh batch aku ialah orang kelantan dan menyebabkan aku boleh faham loghat kelantan dan terengganu sikit2. Selepas itu aku ke MRSM Taiping yang mengajar aku loghat utara (walaupun byk term2 yang aku tak tau but still aku boleh faham jugak la cakap dorg). Lepas habis, aku ke KMB yang mengajar aku loghat KL hingga ada orang yang ingat aku orang KL.(tak leh blah). Sekarang aku di UK yang mengajar aku untuk bercakap inggeris.

Aku boleh faham pelbagai loghat walaupun ayah aku tidak boleh faham loghat2 itu kerana persekitaran. Apa yang aku cerita ini bukanlah untuk berbangga-bangga cuma untuk mengingatkan diri sendiri dan pada pembaca yang aku tau rata2 belum lagi berkahwin. Bila kita sudah mempunyai anak, wujudkanlah suasana yang membolehkan mereka belajar bahasa lain selain bahasa melayu. Yang paling mudah tentulah english dan yang paling baik tentulah arab. Bahasa melayu itu akan mereka belajar sooner or later.

Banyak advantages kalau boleh kuasai bahasa selain Malaysia ni dan rasa-rasanya korang boleh fikir sendiri.

Anyway, aku teringin untuk belajar arab kembali dan mungkin akan mencari suasana untuk menguasai arab sekembalinya ke UK nanti. Harap-harapnya menjadi.

p/s: aku tak sempat nak belajar bahasa sabah dan sarawak. kalau aku reti, kan bagus. Boleh la aku faham bila orang cakap kat aku 'bersungkai'.haha


4 comments:

Keon Safaai said...

bagus, aku nak blajar arab balik gak lah. T_T tau sket2 je,huhu.

Handsome Traveller said...

Crite yg byk unsur lawak dan klakar tapi byk juge unsur pengajaran yg sungguh berguna klau dikenang..:)

Akmal Aliff said...

aku dulu arab asik dpt C je mase exam..

last2 aku x amik arab pon.. nnt rosak result peksa ada satu C...

Skang mnyesal skit, haha... xpe, bole mula blajar balik..

Bak kata orang jawa:
"It's never too late"
=)

afb said...

@keon: blaja la ngan abi balek.hehe

@sham: indeed it is

@akmal:ko kalo amek subjek jawe dalam exam mmg aku rase ko dapat A* la.haha