Merdeka dan kematian.
Lesson to be a father I
Bahasa dan kita.
Bismillah.
kita dan takdir
Bismillah.
Kita dan hati
Remaja dan Islam
Bismillah.
Lengkap sudah hari pertama puasa. Harap-harap Allah menerima puasa kita.
Sesudah berbuka di rumah tadi, aku bergegas ke masjid untuk mengejar solat jemaah di masjid, namun aku terlambat. Tapi tak pe sebab aku nampak seorang remaja dalam 16-17 tahun gamaknya. Kemudian terjadilah situasi ini;
Aku: da solat maghrib da?
Asmadi (bukan nama sebenar) : belum
Aku: jom la solat sekali
Asmadi: tidak membalas pape (senyap tanda setuju)
Aku pun mengambil role as imam dan disebabkan solat berdua, posisi lain dari biasa. Malangnya Asmadi tidak tahu. Aku pun ajar sekejap dia nak berdiri kat mana.
Aku: ok, tolong iqamah
Asmadi: erm, tak hafal la bang.
Aku: owh, ok.
Aku pun iqamah dan mengimamkan solat itu.
Aku agak terkejut kerana remaja itu tidak menghafal iqamah kerana selama ini aku belajar dalam comfort zone which is asrama penuh.(MRSM actually). Jadi aku tak pernah menggambarkan ada remaja begitu.
Namun aku tahu hakikat masyarakat sekarang agak parah dan kerja KITA masih panjang.
Maaf kerana tidak sempat aku untuk berkenalan lebih dengannya kerana dia pergi awal.
p/s: mungkin ada menganggap perkara ini kecil tapi mungkin ini gambaran kasar masyarakat kita.
Kita dan sesat
Bismillah.
Namun, pengalaman mengembara dari Gombak ke Seremban bersama Scorpie(bukan nama sebenar) dan Chong(bukan nama sebenar) telah memberi satu definisi baru bagiku untuk kata-kata itu. Perjalanan yang sepatutnya sejam tambah sikit2 menjadi 2 jam angkara Scorpie sibuk berbual dengan Chong dan aku hingga terlepas exit yang sepatutnya. Itu tidak mengapa barangkali kerana ada kejadian yang lebih memilukan selepas itu.
Akhirnya kami sampai ke bandar Seremban dan kami bertanya pada orang Seremban yang ada dalam kereta di mana spot yang menarik? jawabnya tidak tahu =_=". Kami pun berpusing-pusing sebentar di bandar Seremban kerana ingin mencari restoran Nelayan Seafood di jalan Zaaba (aku da jumpa dah nama restoran tu ngan da google map da kat mane). Tapi hasilnya hampa dan kami membuat keputusan untuk makan di fastfood sahaja.(down kejap).
Cerita sebenar bermula disini.
Theoricallynya, inilah jalan yang patut kami ambil untuk menghantar seseorang ke ktm seremban dari tempat kami parking kereta yang kalau ikut google map, 4 minit je kot. Tetapi disebabkan oleh kami sangat siqqoh/percaya pada orang Seremban, kami ikutlah arah yang ditunjuknya.
Kami terus berjalan mengikut arahannya sehinggalah kami rasa ianya terlalu jauh dan kami telah sampai ke satu tempat yang sangat seram. bayangkan anda berada di atas jalan raya yang kosong dan di depan anda ada flyover yang merentasi atas jalan raya yang anda lalui dan selepas flyover tu, apa yang ada hanyalah gelap gelita. Seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas flyover tu. Kami buat u-turn sebab nampak benda tu la. Kalau tak, rasa-rasanya orang Seremban tu akan suruh terus je lagi.
It's end up kami jalan sampai sini.
Which about 6.2 km dari tempat kami parking.(Nasib baik tempat yang menyeramkan itu wujud)
Menyedari kami sesat, kami pun mencari jalan pulang tanpa bergantung pada orang Seremban. Akhirnya kami berjaya sampai ke ktm.
Which about 6.6 km.
Anyway, I think all of you got the point. Kitorang sesat kerana mengikut instruction org seremban sendiri. Bukan nak mengutuk tapi anggaplah sebagai pengajaran. Yang lain-lain tu pun, make sure la anda semua menjadi pakar tentang jalan-jalan kat area rumah anda kerana khidmat anda amat diperlukan oleh kawan anda. Jangan lupa kenalpasti juga spot2 makanan yang best sebab penting untuk kawan2.
Jadilah berguna pada orang lain sepertimana yang disebut dalam 10 muwasafat tarbiyah.
Kepada yang berkenaan, ini hanyalah coretan diri ini untuk mengingati kenangan kita ini.
Ukhwah membina kenangan,
kenangan membina ukhwah
(ambik ayat rashdan manchester lagi)
Kita dan taasub.
Bismillah.
Sebulan lebih sudah aku berada kat malaysia. Macam-macam tempat pergi. Macam-macam cerita sudah didengar.
Tapi kalau cerita-cerita kat Malaysia ni, benda yang paling penat nak dengar ialah cerita politik la. Kadang-kadang isu biasa pun boleh jadi isu politik. Penat membaca dan mendengar. Kalau baca paper, regardless mana-mana paper pun, banyak la cerita politik-politik nih. Lepas tu banyak la kenyataan bidas membidas akan muncul.
Kalau pemimpin dah bidas-membidas tu, akan ada la anak buah yang bergaduh ngan anak buah yang lagi satu. Malaysia oh Malaysia.
Tapi benda ni bukan setakat terjadi pada orang politik serta pngikutnya saja, orang yang dalam jalan dakwah pun sama jugak.
Inilah jadi kalau ada sikap taasub dalam diri. Taasub ni kalau maksud bahasa, tak tau le pulak. Maklumlah, orang tak pandai arab. Tapi I think I know maksud dalam segi penggunaan. Nak cakap dalam perkataan susah la pulak.
Tapi basically situasi dia macam ni la, kita fikir iphone adalah handphone paling agung dalam dunia. langsung tak de cacat cela. tapi suatu hari ada orang datang dan memberitahu kita iphone ni ada sedikit kekurangan dan kita pun mula lah berbalah dengan orang tu sebab kita sangat yakin dengan iphone walaupun orang yang datang itu sudah memberi bukti pada kita yang iphone ni ada kekurangannya. Pada waktu ini, bolehlah kita digelar taasub dengan Iphone.
Contoh lain, kalau orang bangkang cadangan kita atau menegur sikap kita, kita sangat marah dan terasa. Itulah taasub dengan diri sendiri.
Kalau kita sangat mengikut kata-kata supervisor/naqib walaupun menyalahi organisasi/tanzim kita, itulah taasub.
Kalau kita sangat mengikut tanzim/organisasi kita walaupun menyalahi Islam, itulah taasub.
Bukanlah nak kata taat itu salah, cuma kalau ia sudah menutup ruang akal kita berfikir dan bersikap kritikal, tak kena lah sikap itu.
Sikap taasub ini sangat bahaya kerana ia boleh membuat kita buta dari kebenaran sebenar. Ia juga boleh membuatkan kita bergaduh dengan orang kerana kita tak dapat nak membuka minda kita dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh pihak satu lagi. Ia SANGAT bahaya kerana ia adalah punca ummah berpecah.
Jauhilah dari sikap taasub samaada pada diri sendiri, naqib, guru, supervisor, kawan, tanzim dan apa-apa lagi lah kerana banyak buruknya dari kebaikan. Bukalah minda kita untuk memahami orang lain dan taasub itu bukan cara yang betul untuk ini.
Wallahualam.
kita dan rahsia
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian bertiga orang, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan seorang yang lain sehingga kamu dapat bergaul dengan manusia, karena dapat membuatnya sedih
Kalau kita melihat hadith itu, ia mengatakan larangan kita berbisik-bisik di depan org ketiga. ini kalau kita tafsir taraf rendah. Jika kita berfikir dengan lebih dalam sedikit, mungkin kita boleh samakan dengan hidup kita sehari-hari.
Hadith ini sebenarnya mengajar kita seni menyimpan rahsia. Apa yang ingin dimaksudkan ialah jika ada rahsia dan ingin menyimpan rahsia itu, janganlah berkelakuan seolah-olah anda mempunyai rahsia. Berkelakuanlah seperti biasa. Orang lain pun tak tahu anda ada rahsia dan tidak terasa pun ingin mengetahui rahsia anda. Thus, tiadalah orang yang kecil hati. Inilah seni menyimpan rahsia peringkat tinggi. Make sense isn't it?
Belajarlah seni menyimpan rahsia peringkat tinggi kerana kita semua ada rahsia dan janganlah ukhwah kita dan kawan kita rosak kerana sebuah rahsia.
menangisi gambar yang cantik
Bismillah.
The last time I updated my blog was sometime ago which me myself cant remember it. Meaning that must be quite some time. takde ilham dan tak de mood. Kadang-kadang ada je benda nak tulis dan ingin disampaikan kat ramai orang tapi hati ini sering kali kalah dengan nafsu. To make my mood for blogging come back to me, I should write something but that 'something' must be worth to read isn't it? So I will put some other writing which I take from this blog(click2). I havent ask her/his permission but someone else did and they gave permission. I guess the answer will be the same if I ask anyway. So, here we go.
**************************************************************************************
assalamualaikum semua :)