
Merdeka dan kematian.

Lesson to be a father I
Bahasa dan kita.
Bismillah.

kita dan takdir
Bismillah.
Kita dan hati
Remaja dan Islam
Bismillah.
Lengkap sudah hari pertama puasa. Harap-harap Allah menerima puasa kita.
Sesudah berbuka di rumah tadi, aku bergegas ke masjid untuk mengejar solat jemaah di masjid, namun aku terlambat. Tapi tak pe sebab aku nampak seorang remaja dalam 16-17 tahun gamaknya. Kemudian terjadilah situasi ini;
Aku: da solat maghrib da?
Asmadi (bukan nama sebenar) : belum
Aku: jom la solat sekali
Asmadi: tidak membalas pape (senyap tanda setuju)
Aku pun mengambil role as imam dan disebabkan solat berdua, posisi lain dari biasa. Malangnya Asmadi tidak tahu. Aku pun ajar sekejap dia nak berdiri kat mana.
Aku: ok, tolong iqamah
Asmadi: erm, tak hafal la bang.
Aku: owh, ok.
Aku pun iqamah dan mengimamkan solat itu.
Aku agak terkejut kerana remaja itu tidak menghafal iqamah kerana selama ini aku belajar dalam comfort zone which is asrama penuh.(MRSM actually). Jadi aku tak pernah menggambarkan ada remaja begitu.
Namun aku tahu hakikat masyarakat sekarang agak parah dan kerja KITA masih panjang.
Maaf kerana tidak sempat aku untuk berkenalan lebih dengannya kerana dia pergi awal.
p/s: mungkin ada menganggap perkara ini kecil tapi mungkin ini gambaran kasar masyarakat kita.
Kita dan sesat
Bismillah.
Namun, pengalaman mengembara dari Gombak ke Seremban bersama Scorpie(bukan nama sebenar) dan Chong(bukan nama sebenar) telah memberi satu definisi baru bagiku untuk kata-kata itu. Perjalanan yang sepatutnya sejam tambah sikit2 menjadi 2 jam angkara Scorpie sibuk berbual dengan Chong dan aku hingga terlepas exit yang sepatutnya. Itu tidak mengapa barangkali kerana ada kejadian yang lebih memilukan selepas itu.
Akhirnya kami sampai ke bandar Seremban dan kami bertanya pada orang Seremban yang ada dalam kereta di mana spot yang menarik? jawabnya tidak tahu =_=". Kami pun berpusing-pusing sebentar di bandar Seremban kerana ingin mencari restoran Nelayan Seafood di jalan Zaaba (aku da jumpa dah nama restoran tu ngan da google map da kat mane). Tapi hasilnya hampa dan kami membuat keputusan untuk makan di fastfood sahaja.(down kejap).
Cerita sebenar bermula disini.

Theoricallynya, inilah jalan yang patut kami ambil untuk menghantar seseorang ke ktm seremban dari tempat kami parking kereta yang kalau ikut google map, 4 minit je kot. Tetapi disebabkan oleh kami sangat siqqoh/percaya pada orang Seremban, kami ikutlah arah yang ditunjuknya.
Kami terus berjalan mengikut arahannya sehinggalah kami rasa ianya terlalu jauh dan kami telah sampai ke satu tempat yang sangat seram. bayangkan anda berada di atas jalan raya yang kosong dan di depan anda ada flyover yang merentasi atas jalan raya yang anda lalui dan selepas flyover tu, apa yang ada hanyalah gelap gelita. Seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas flyover tu. Kami buat u-turn sebab nampak benda tu la. Kalau tak, rasa-rasanya orang Seremban tu akan suruh terus je lagi.
It's end up kami jalan sampai sini.

Which about 6.2 km dari tempat kami parking.(Nasib baik tempat yang menyeramkan itu wujud)
Menyedari kami sesat, kami pun mencari jalan pulang tanpa bergantung pada orang Seremban. Akhirnya kami berjaya sampai ke ktm.

Anyway, I think all of you got the point. Kitorang sesat kerana mengikut instruction org seremban sendiri. Bukan nak mengutuk tapi anggaplah sebagai pengajaran. Yang lain-lain tu pun, make sure la anda semua menjadi pakar tentang jalan-jalan kat area rumah anda kerana khidmat anda amat diperlukan oleh kawan anda. Jangan lupa kenalpasti juga spot2 makanan yang best sebab penting untuk kawan2.
Jadilah berguna pada orang lain sepertimana yang disebut dalam 10 muwasafat tarbiyah.
Kepada yang berkenaan, ini hanyalah coretan diri ini untuk mengingati kenangan kita ini.
Ukhwah membina kenangan,
kenangan membina ukhwah
(ambik ayat rashdan manchester lagi)