Pages

Thursday, 2 September 2010

Lesson to be a father II

Bismillah.


Baru-baru ni aku ade tulis tentang kisah aku dengan budak kecik.kalo tak bace lagi, klik2.

Ini hari, nak cerita lagi tentang kisah aku dengan budak kecik lagi.

Aku ada 5 anak saudara sekarang.
3 perempuan dan 2 lelaki yang disumbang oleh;
abang sulung(lelaki sorang)
abang 2nd (perempuan 2,lelaki sorang)
kakak yang 1st (perempuan sorang)

Yang menjadi isu sekarang ialah anak abg aku yang 2nd tu.

Anak sulung: perempuan,2.7 tahun
Anak 2nd: perempuan 1.5 tahun
Anak 3rd: laki, Seminggu

Anak sulung dia tu masalah gila ngan orang lain selain parents dia. cerita banyak pun malas gak. aku kasi situasi je la.

Masa kat ruang tamu yang masa tu ada dia,adik dia and parents dia. Boleh dengar suara dia sampai ke luar tapi bila aku atau siapa2 pergi ruang tamu dia akan shut down terus. Dan kalau aku duduk sebelah kiri dia, dia akan pandang sebelah kanan je. Dan kalau ada jugak orang lain sebelah kanan dia, dia akan pandang dinding. Dan kalau ada ramai sangat orang, dia akan pejamkan mata atau lekapkan muka dia kat badan ayah dia. Masalah betul budak nih.

Anak yang 2nd. Aku bagi situasi je la dan situasi ini hanya valid pada aku je kot.

Breakfast ramai2 dan aku sampai lambat sikit. Sampai2 duduk la nak makan dan aku pun pandang la anak dia yang 2nd tu and suddenly budak tu menangis. Aku dah pelek da. Apahal budak ni nangis lak. Aku tak de lak buat muka pelik2. Down aku pagi tu.

Ingatkan dah setel dah pagi tu tapi rupa-rupanya petang tu makcik aku datang. Mak budak tu dan dia pun datang la kat depan nak jumpa makcik aku tu sekali in which aku memang dah ada kat depan. Bila budak tu nampak aku macam ok lagi. Pastu aku ngada-ngada pegang sikit kaki dia, terus menangis. Down lagi untuk kali kedua.

Sampai sekarang aku tak faham nape budak tu menangis. Makcik aku cakap aku punya beard tak shave. Aku terfikir la, kena shave ke kalo nak ada anak nanti? sunnah nabi jugak tu. Fikir punya fikir, aku rasa mungkin apa yang makcik aku tu nak cakap bukan lah shave habis tapi shave bagi nampak kemas cukuplah. Barulah muka nampak bersih dan nama Islam pun tak tercemar.

Orang ada beard pun ramai gak orang suka. For instance, wolverine rasulullah. sehingga ada pendapat yang mengatakan tidak boleh menjadi imam kecuali orang itu berjambang but ini hanyalah salah satu pendapat, tak lah meluas sangat pendapat ni. Cumanya nak kata kat sini, bukanlah beard dan janggut itu yang menjadi isu muka nampak menakutkan tetapi bagaimana kita manage janggut da beard itu yang menjadi isu. Kalau kita menjaga dengan rapi, aku yakin muka kita nampak elok je (this is really for me).

Dan sekiranya mengikut 10 muwasafat tarbiyah, penampilan yang elok adalah tanda-tanda seseorang itu telah berjaya ditarbiyah (tersusun urusannya). Ini bermakna jika beard dan janggut nampak tak kemas, janganlah kata anda sedang mengikut sistem tarbiyah islam sebab anda hanya akan menjadi liabiliti pada dakwah semata-mata.

Jadi, nak jadi ayah ni kena la kemas penampilan. kalau tak takut anak sendiri dengan kita atau kalau anak kita tak takut mungkin kawan-kawan dia akan takut dengan kita.Lagipun kita kan akan jadi contoh mereka.

JoM! kita berubah dari sekarang untuk menjadi ayah terbayek.

p/s: budak kecik suka main janggut aku. tarik tak ingat dunia. nasib baik la budak kecik yang buat.hahaha

7 comments:

Keon Safaai said...

good good.
bout da beard issue, nampak lagi matang la if a guy simpan janggut.

so that's supposed to be good kan? i mean guys mmg supposed to matang pun. :)

anish said...

sokong komen atas

afb said...

true2. ada gak hadith sampai kata rasulullah melarang mencukur janggut dan mencukur misai sebab nak membezakan kita dengan jew. so pretty much true la laki kene simpan janggut.

ali said...

hadith mane tu mat yg xbleh nk shave janggut n misai?ak rse bnde ni mcm kontroversi gak kt intec dlu tp ak x ingt actually hadith tu.ape kate share sket?

afb said...

Macam aku cakap, there is opinion saying like that and some others said keeping beard is sunnah.

salafi extreme akan kata wajib la.
contoh2 hadith ada kat sini;
http://iqbal86.blogspot.com/2009/11/lelaki-berjanggut-dan-berjambang.html

kesahihan hadith ni aku tak sure sangat but look pretty much convincing.

anyway, maybe ini adalah salah satu perkara furuq dan tidak perlu didebatkan sgt. cukuplah kita faham yang janggut ini sunnah nabi dan kenapa nak argue utk tak ikut sunnah nabi kan?

Izzuddin Yussof said...

ko cam teringin nk jadi ayah je? :P

afb said...

haha din. ko tak nak ke?
nak tu mmg nak tp pk2 balek, penat oh. lagi 2 tahun kot aku pk balek.(hint2.hahaha)