Pages

Thursday, 23 September 2010

Kita dan solat

Bismillah.


Solat Maghrib pula bermula apabila tenggelamnya keseluruhan bulatan matahari ke bawah ufuk (horizon) hinggalah apabila mega-mega merah di arah Barat langit mula menghilang. Apabila hilang cahaya mega merah di ufuk Barat maka masuklah Solat Isya’ dan waktunya itu berlangsung sehingga ke pertengahan malam berdasarkan hadith Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: dan waktu Isya' ialah hingga tengah malam. Sementara itu terdapat pendapat yang mengatakan bahawa waktu solat isya' itu adalah sehingga terbitnya fajar sadiq di esok paginya berdasarkan hadith: Tidak ada kecuaian kerana tertidur tetapi kecuaian ialah pada orang yang tidak solat sehinggalah datang waktu solat yang lain.[3] Hadith ini difahami sebagai menerangkan bahawa waktu solat itu berlangsung sehingga masuk waktu solat yang lain. Walaubagaimanapun pendapat ini dikira lemah kerana hadith kedua tersebut adalah bersifat umum manakala hadith pertama bersifat khusus, jelas menerangkan bahawa waktu isya' itu berakhir di separuh malam. Dalam kaedah usul al-Fiqh, jikalau terdapat dua dalil yang nampaknya bertentangan dalam satu keadaan maka hendaklah diutamakan dan diambil hukum dari dalil yang khusus berbanding dengan yang umum. Maka secara umum semua solat itu berakhir dengan masuknya waktu solat yang lain kecuali bagi solat subuh dan isya' di mana telah ditentukan secara khusus dalam hadith yang berasingan tentang waktu akhirnya.[4] Mendirikan solat isya' selepas pertengahan malam hanya dibolehkan bagi mereka yang terlupa atau terlalai atau tertidur atau menghadapi suasana uzur atau darurat, demikian menurut Imam an-Nawawi dan Ibnu Qudamah.[5]

[3] Maksud hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Qatadah, Subul-us-Salam, 1/308.

[4] Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 1/308

[5] Imam an-Nawawi - Majmu Syarh al-Muhadzzab, 1/66, Imam Ibnu Qudamah - al-Mughni, 1/397; Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/81-88.


Ni aku copy dari web yang best.klik2.

Aku tertarik dengan point dia yang kata solat isya' habis pada tengah malam. Benda ni sangat baru la bagi aku yang selama ini ingat subuh habis bila subuh masuk. Aku ada dengar juga ustaz ada cakap pasal waktu isya sebelum ini tapi dia cakap tak spesifik jadi aku tak ambil kisah sangat. So, this info really make me reflected back my ibadah.

ada org style tidur dulu, solat isya serta qiam selepas bgn tido..

Ada orang cakap macam ni bila aku cakap isya habis tgh malam. Bagi aku, cara yang dipraktikkan ini tak menepati arahan Islam la yang suruh mengawalkan solat. Apatah lagi ada hadith yang best pasal solat jamaah subuh dan Isya.

Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya’ dengan jamaah, maka seolaholah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk.” - Riwayat Muslim

Dalam hadis yang lain:

Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada suatu solat pun yang terlebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada solat Subuh dan Isya’, tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua solat itu, niscayalah mereka akan mendatanginya sekalipun dengan berjalan merangkak – ke tempat jamaahnya.” – Muttafaq ‘alaih

Jadi, sila-sila lah solat isya awal lepas ni. especially gamers yang suka main sampai subuh pastu solat isya masa dekat2 nak subuh.

1 comments:

ali said...

gud job bro! ak pn ingt isyk tu abis sblm msk subuh. yg terbaik solat je la awl waktu kn. kalo nk qiam bleh je nk isyak dlu. takut2 tak bgn plak. sbb tu la ak xbrani nk try buat isyak n qiam skali =)