Pages

Tuesday, 7 September 2010

Kita dan perubahan

Bismillah,


Hukum alam yang tidak pernah berubah ialah berubah.

nothing is permanent but change

Yep, I'll talk about changes this time around.

Everything changes and sometimes we are not notice the changes but people around us do realize it. It happen to anyone and everyone.

Seorang pelajar yang menghadapi semester baru sangat bersemangat pada awal semester akan rasa tidak bersemangat at some points of the semester.

Seorang daie yang bersemangat berkobar-kobar sewaktu daurah/usrah mungkin luntur sedikit semangatnya pada keesokan harinya atau lebih teruk,futur.

Seorang pecinta wanita yang berjanji macam-macam pada hari ini mungkin akan menyesal dengan janji/kata-katanya di kemudian hari apabila perasaan cinta itu hilang/pudar.

Seorang muslim yang bersemangat pada 1 Ramadhan untuk beribadat dan datang awal masjid mungkin pancit/tidak bersemangat pada 27 Ramadhan untuk beribadat dan datang awal masjid.

Seorang manusia yang ceria pada hari ini mungkin bersedih/marah pada esok hari.

Familiar dengan situasi atas?atau at least one of them, the student part for sure.

Perkara macam ini memang tidak boleh dielakkan kerana perubahan itu adalah satu benda yang pasti berlaku. Jadi jangan rasa diri anda pelik kerana semua manusia pernah melalui perkara ini cuma yang membezakannya ialah bagaimana mereka mengatasi perkara ini.

Tanggungjawab

yep, that's the word lads. Semua perkara ini boleh diatasi dengan tanggungjawab.

Pelajar yang luntur semangatnya pada satu-satu masa perlu membiarkan perasaan tanggungjawab itu mengambil alih dirinya untuk terus belajar.

Daie yang down perlu menggunakan perasaan tanggungjawabnya kepada ummat untuk membolehkan dia terus bergerak.

Pecinta wanita itu perlu membiarkan tanggungjawab kepada keluarga menjadi sebab untuk dia terus menjalankan perhubungan dengan wanita tersebut. Kerana itu juga salah satu sebab bercinta/couple dilarang sebelum perkahwinan ialah kerana tiada rasa tanggungjawab itu dan menyebabkan fenomena bercinta dan break itu adalah satu perkara normal dan terbawa-bawa hingga ke alam perkahwinan iaitu kahwin dan cerai.

Muslim yang pancit ini pada akhir Ramadhan mungkin boleh diatasi sekiranya muslim itu mengambil sesuatu tanggungjawab di masjid seperti menyusun sejadah atau mengemas pinggan mungkin yang menyebabkan dia perlu sentiasa ke masjid walaupun semangat itu sudah luntur. Atau berjanji dengan kawan untuk bertemu sebentar selepas tarawikh untuk tadarus atau hafazan mungkin yang menyebabkan seseorang itu rasa bertanggungjawab untuk ke masjid.

Manusia yang sedih atau marah pada suatu ketika perlu rasa yang dia bertanggungjawab pada orang sekeliling dia. Perlu rasa bertanggungjawab untuk tidak merosakkan hari orang lain. Perlu rasa bertanggungjawab untuk menjaga hunungan dengan orang sekitar dia. Sekiranya rasa itu ada, orang itu akan tetap senyum walaupun dia sedang sedih/kecewa/marah.

Aku tahu yang perkara ini sukar kerana aku juga mempunyai masalah sama namun perubahan itu adalah perkara yang tidak berubah, jadi memang kita boleh berubah. It's just the matter of time.

Wallahualam.

0 comments: