Pages

Monday, 10 January 2011

Impikan negara Islam? Well, think again before speak.

Bismillah.

Bersyukur pada Allah kerana aku dilahirkan pada zaman orang mula sedar tentang Islam. Jika aku dilahirkan di tanah arab pada 1923, mungkin aku tidak tahu apa itu Islam.

Ramai kawanku selalu membangkitkan hal Islam. Paling kurang mereka mengimpikan negara Islam. Ada antara mereka begitu lantang menegur kerajaan sekarang. Aku tidak mengatakan mereka salah. Masing-masing punya cara tersendiri.

Kadang-kala aku sendiri membicarakan hal perihal Islam. Ustaziatul Alam disebut, Khilafah Islam disebut dan yang mungkin paling selalu dibincangkan Baitul Muslim.
Kadang kala ada yang bertanya apa cara paling effective untuk membangunkan Islam kembali.

Begitu lantang aku menjawab tentang 7 maratib amal dan pelbagai sirah nabi atau kisah sahabat dibentangkan di depan yang bertanya.

Namun, aku terlupa satu perkara dan Allah memberiku peluang untuk mengingatkan aku melalui facebook;

Jika datang seorang pemuda kepada saya bertujuan berbincang mengenai ummat, soalan pertama saya akan tanya kepadanya ialah, "Adakah anda solat subuh tepat pada waktunya?"

- Said Ramadhan al-Buti-
Mungkin inilah yang aku buat selepas ini dan it's not only for other people but of course for me as well.

Stop saying about the dream of changing the world if you can't even to change the man in the mirror.

2 comments:

Akmal Aliff said...

mantap mat =)

afb said...

yang ada kereta lagi takde alasan eh.haha