Bismillah.
Lama tak tulis apa-apa di sini menandakan aku kurang produktif sebab tak berfikir banyak. Tipikal perangai post-exam.(not good as a muslim)
Anyway, exam dah habis dan summer pun bermula. Aku tak rasa gembira cuti dah bermula atau akan balik ke Malaysia. Mesti seronok kalau boleh duduk bermalas-malas sepanjang hari atau pergi berjalan-jalan tanpa faedah tapi aku tak boleh hidup macam tu walaupun kadang-kadang buat jugak. tapi hati aku akan jadi tak tenang bila aku buat macam tu. After all, takkan nak bersenang-senang selama 60 tahun untuk bersusah-susah selama-lamanya?
Sekarang ni aku makin rasa perempuan menyusahkan.haha.(provok gila ayat). Aku faham perempuan ngan lelaki jauh berbeza and all that stuff. So, aku masih lagi jauh dari jalan yang ada kawan aku ambil. Lagi 3 tahun baru aku consider balik.
okok,cukupla merepek.
Aku ada jumpa satu website;
Klik2, sangat menarik jika anda rakyat Malaysia. Basically website ini adalah one of the tool kerajaan untuk menjelaskan langkah-langkah yang bakal diambil kerajaan. In another words, it is a tool to lie all of the citizens. At least I think that way.
Website ini akan menceritakan tentang subsidi negara dan hutang-hutang negara yang eventually akan menyebabkan Malaysia bankrupt. So, subsuidi perlu dibuang untuk mengelakkan negara bankrupt. Bila subsidi dibuang, harga minyak, gula, tepung dan macam-macam barang akan naik. Pandai dan baikkan kerajaan Malaysia?
Kalau ikut perasaan, memang dah mencarut2 dah dalam ni tapi Islam tak bagi kan. Jadi, jom la kita bincangkan secara orang berilmu dan beragama.
First of all, kawan aku ada belajar econs. Presentation by Dato' Idris Jala(boleh download kat website tu jugak) asyik cakap pasal GDP je. Kawan aku cakapla, GDP ni bukan petunjuk holistik pun mengenai ekonomi negara. Total revenue tak tunjuk pun dan expenditure pun tak tunjuk, susahla nak percaya kalau macam ni. Kalau kerajaan jujur, tunjuk la semua detail tu.
Secondly, aku pelik la kan kenapa kita asyik disamakan dengan negara Somalia? Bengang la gak. Macam banding kuda dengan keldai la. Memangla Somalia tu negara jugak tapi keadaan Malaysia dengan Somalia lain. Lepas tu, banding Malaysia dengan Greece atas sebab Greece banyak bagi subsidi dekat rakyat dia jugak. Variable lain sama jugak ke antara Malaysia dengan Greece? Mana boleh banding senang2 camtu je. Dulu masa minyak naik gila-gila, Malaysia bandingkan harga minyak kat uk ngan malaysia dan aku pun percaya Malaysia masih paling murah. Tapi dah sampai UK, harga minyak 1 pound lebih je dan kira biasa je la. Kalau convert duit Malaysia memang la nampak mahal. Kena tipu rupanya aku dulu.haha
Thirdly, Kenapa mesti rakyat yang menanggung masalah ni? Rakyat yang banyak gaji murah dan sederhana? Makcik cleaner kat universiti paling kuat pun RM 500 dapat. Orang kerja kilang pun sama unless dia buat OT macam nak mati. Sedangkan orang-orang atasan masih menikmati kehidupan mewah? Apa la sangat bagi dorang naik 2-3 ringgit kan. Kalau betul nak tolong negara, potong gaji masing-masing sampai sama dengan rakyat biasa. Kereta pakai macam orang biasa. Golf dan kuda tak payah ada. Rumah biar macam orang biasa. Elaun takyah banyak2. Orang atasan ini bukan setakat pihak kerajaan tapi pihak lain-lain yang selalu berpakaian kuning berkenaan juga. Janganlah anda bersenang-senang tetapi rakyat bersusah-susah. Aku bukan rakyat yang derhaka tetapi aku hanya seorang muslim yang ingin menjadi rakyat yang kesetiaan yang kritikal.
Banyak lagi la benda yang boleh dipersoalkan dari presentation tu dan aku sangat-sangat tak puas hati.
Menurut Maslow's hierarchy of needs(google2), selagi physical needs tidak dipenuhi, sesuatu mesyarakat itu tidak akan bermotivasi walaupun pelbagai benda lain sudah diberi. Physical needs ni macam makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tapi kerajaan sibuk nak buat team F1 sendiri la pulak, banyak lak duit kerajaan. Pelik2,
Benda ini hanya sebagai satu benda yang elok kita fikirkan kerana kesetiaan secara kritikal itu adalah lebih baik untuk sesebuah negara berbanding mengikut tanpa memahami sesuatu perkara secara betul.
Wallahualam.
6 comments:
ak x tau nk comment pe tp ak nk comment gak sbb ak setuju ngan ape yg ko tulis
hee~~
untuk seorang yang currently tak dok kat malaysia,you know n care much than most here now malaysian (me included)...nice writing aku tiru ye mat
erm.. this is not a critic to any comment but just a little view from myself.
nk kate pasal ni la kan, i think it is a good idea. tapi bukanlah membuang terus subsidi but just mengurangkan sesuai dgn kondisi di malaysia. kite kene jd profesional. memang malaysian sgt2 bergantung pd subsidi n sampai kadang2 makanan kat uni pun ada subsidi. tu pun orng nak mintak tawar lagi.. hurm, plek.
as malaysian yg duduk di malaysia skang ni, mmg ak dpt rasakn bahang malaysia skang ni sgt2 sesak xde duet. myb dorng x bgtau takut rakyat klam kabut. so, they try many solutions. thats one thing yg perlu diubah. dorng perlu bgtau and rakyat juge kene open minded.
n one thing mat, u should husnozhon(bersangka baik) pd perempuan.. =p bukanke di belakang seorng wira tu ada wanita yng membantunya???
mantap
kepada yang bersetuju, aku taknak cakap pape la kan. aku just nak kita as rakyat Malaysia bukak mata je ngan keadaan negara kita.
@azrin: ko kena faham azrin, point aku yang paling utama ialah bukan aku taknak subsidi tu dibuang tapi point aku ialah bagaimana duit tu boleh habis? Betul ke duit tu habis sebab subsidi? Dan lagi satu, harga benda makin naik tapi gaji tetap sama,macamana nak hidup kak? mana pergi duit tax yang rakyat bayar? kalo kat uk, pelajaran dan medik absolutely free. sebab tu rakyat tak bising. sekarang ni yuran uni makin naik dan memang rakyat uk bising. masalahnya kat malaysia, mana pergi duit tax, duit export minyak dan macam2 lagi tu? semua habis kat subsidi ke? kalo betul habis kat subsidi, macamana benda ni boleh wujud?
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=505821
cek la link ni. makin tak puas hati lak aku.
p/s azrin: aaaaaaaaaa,aku macam takde wanita pun belakang aku,perhaps i'm not a hero.haha
: )
mana pergi duit tax malaysia?
tanyalah APCO,huhu
Post a Comment