Pages

Sunday, 6 June 2010

Entri untuk ku dan kamu yang berfikir.

Kepada sesiapa yang ingin berubah, sanggup berubah dan sanggup untuk membuka minda dan berfikir menggunakan iman, bukan menggunakan nafsu, anda dipersilakan untuk terus membaca. Bagi sesiapa yang ingin terus hidup dalam zon selesa dan terus dengan keindahan dunia walaupun saudara kita terseksa, boleh la jugak baca tapi mungkin anda akan terasa lepas tu.(nasihat aku, cubalah kita berfikir menggunakan akal yang dipandu iman kita).


Anyway, entri ini adalah peringatan pada diri aku sendiri jugak sebelum balik ke Malaysia.

Bismillah.

Seminggu ini kita digemparkan dengan kekejaman Israel walaupun sebenarnya kisah ini bukan hanya berusia seminggu tapi sudah berpuluh-puluh tahun kisah ini bermula. Cuma kali ini mata dunia dibuka dan aku lihat ramai yang bertindak balas dan kawan aku pun ramai begitu.

Status-status di facebook dan entri-entri blog banyak la cakap pasal benda ini dan banyak juga yang mengutuk kerajaan Malaysia yang lambat bertindak balas. Habis Najib dihentam. Tak de la nak kate Najib betul, salah la jugak. Masa flotilla kena serang, dia tengah dok meeting kat filipina kalau tak silap. TAPI, cukup ke cara kita yang bersuara lantang mengutuk kerajaan Malaysia, Israel dan Amerika Syarikat? Memang la ada orang cakap Allah tengok usaha tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan benda ini.

Cuba kita fikir, kita boleh masuk syurga ke bila akhirat nanti di depan Allah kita asyik menunding jari ke arah kesalahan orang lain? BOLEH KE?

Mestila tak boleh kan sebab Allah hanya nak tengok usaha kita dan bagi aku, usaha kita yang sepatutnya ialah memerangi Israel. Masa minggu lepas aku tengok kawan-kawan aku semua terbakar dan semua macam nak beli kapal lepas tu pergi serang Israel. Ada lagi tak semangat tu atau hanya hangat-hangat tahi ayam?

Sensitif ayat perang atau lebih terkenal dengan perkataan jihad ni. Tapi kita kena ingat, kita sekarang zaman canggih. Kalau kita tak boleh berperang seperti orang Turki buat, kita perang menggunakan ekonomi. Boikot barang Israel. Inilah cara perang yang aku nampak kita mampu buat. Ok, cakap memangla senang kan tapi adakah cukup iman kita untuk berperang secara ekonomi dengan Israel? Pada sesiapa yang dok mengutuk kerajaan-kerajaan dunia yang tak bertindak balas tu, kalau korang tak buat benda ni memang korang aku boleh kata sama teruk je ngan kerajaan-kerajaan tu. Cukuplah berkata-kata tapi mulalah bekerja kerana kerja kita itu yang Allah tengok di akhirat nanti.


Link ni adalah senarai barang Israel, sanggup tak korang lupakan McD seumur hidup korang? memang la ada certain benda kita tak leh nak boycott sebab kita perlukan benda itu TAPI kena igt PERLU dan HENDAK adalah 2 benda berbeza sebab most of the product tu dah ada product alternatif, kenapa kita tidak bertukar?Kalau kita hendak tapi kita menggunakan alasan perlu, jawab ngan Allah je la nanti.

Ok, rasanya semua setuju kot bila cakap perlu boikot barang Israel. Tapi, most of us knew that Israel didn't stand alone. Ada kerajaan lain bersamanya iaitu US. Kita tahu yang US da lame provide duit dan kelengkapan perang kat Israel malahan sering membackup Israel apabila Israel buat dosa atas muka bumi ini. Jadi, perlu ke tak kita boikot barang US sekali macam KFC, eventhough Jcorp dah beli tapi dia tetap kena bayar duit kat US kira macam royalti sebab guna nama KFC dan KFC US akan bayar tax ke US government dan duit itu akan ke mana?

Ada satu produk US yang sangat popular kat sheffield nih. jadi mata pencarian org melayu sheffield dan menjadi kegilaan orang2 kat sini untuk menguruskan badan. Aku cam serba salah. Isu sangat bergantung pada produk ini untuk menguruskan badan satu hal dan isu menyumbang pada duit US pun satu hal jugak. To play safe, aku pun ikutla hadith 6 dalam hadis 40 imam nawawi dalam hal ini.

Hidup atas bumi ini memanglah sukar jika kita sedar kita ini hanyalah hamba.

Wallahualam.

0 comments: