Pages

Sunday, 4 July 2010

Tudung dan Malaysia

Bismillah.

Aku baru sedar nape aku tak de idea nak tulis ape. Sebab kurang membaca la nih. kalo tak bace ape2,mmg tak bergerak la otak nak berfikir. Tau le cuti tapi jangan la otak pun nak cuti dari berfikir.bahaya tu.

Anyway, minggu ni aku stay kat KL untuk uruskan beberapa perkara mengenai JoM! .Jadi aku kena la mintak sponsor ngan big boss kitorang iaitu Encik Khalis aka Nageb tough manchester. Kitorang pun nek la public transport yg x berape reliable.(ni betul ni,bukan saje-saje nak burukkan nama Malaysia). Destinasi pertama: YADIM aka yayasan dakwah islamiah Malaysia.

Susah betul nak cari. Di tambah cuaca Malaysia yang summer sepanjang tahun, basah la baju aku dengan keringat muda aku. Bangunan Yadim tu ada dalam bangunan Islam ape ntah tapi Yadim tu antara paling jauh la, Nama bangunan untuk dakwah, tapi letak sejauh mungkin. Takpe la, mungkin tanah tu je yang available.

Jumpa la akak yang sepatutnya kerja kat bahagian lain tapi sebab kitorang datang waktu pejabat rehat, dia tolong la layan kitorang. Baik gak akak nih. Tapi yang kurangnya, dia kerja dekat Yayasan dakwah tapi cara pemakaian tudungnya tidak menepati cara Islam yang sepatutnya. Point aku ni je sebenarnya. Mengenai tudung dan rakyat Malaysia.

Aku ngan Nageb keluar 2 orang je masa tu sebab yang lain ada kerja lain. Kitorang pun sembang2 la pasal benda ni dan come out with conclusion.

Di Malaysia, tudung ini adalah suatu perkara yang boleh dikira taboo dalam masyarakat kita. Asalkan anda pakai tudung, anda adalah muslim sejati. tak kesah la tudung tu macamana dan bagaimana pakaian yang lain asalkan tudung itu masih di kepala.

Antara perkara pelik yang dibuat oleh si pemakai tudung:


1) Tudung jarang/tak menutup dada,leher dan kawasan sewaktu denganya
2)Pakai tudung tapi pakai blouse takat lutut pastu pakai seluar thigh. ada kot aritu kitorang jumpa
3)pakai tudung tapi baju boleh muat budak sekolah. Ape cerita ni?
4) sila fikir sendiri.

Lepas tu, aku perasan satu page kat facebook ni.

http://www.facebook.com/photo.php?pid=307239&op=5&o=global&view=global&subj=372601798722&id=100000276242562#!/pages/1000000-WANITA-BERTUDUNG-SELURUH-MALAYSIA/372601798722

Ape ceritanye ni? Memangla anda semua pakai tudung tapi adakah Islam itu hanya perlu dilihat melalui satu angle sahaja sedangkan masing-masing berkata islam itu syumul, Dekat website itu tulis la, orang yang bergambar perlulah memakai tudung dan sila pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat dan ape ntah lagi.

Menutup aurat itu satu cerita dalam Islam tapi anda sedar tak, letak gambar anda tu je pun dah boleh menggoncang iman para lelaki ini. Jauhi zina dan perkara-perkara yang mengudang zina. Kalau dah posing maut, memang mengundang zina la.(sorry but i have to be blunt here).

Sebab tu aku setuju apabila orang kata tudung ini adalah taboo di Malaysia tapi perkara lain tidak. Astaghfirullah.

Ada satu perkara lagi yang aku sedar sering berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia khususnya. Bila seseorang wanita itu tangkap gambar tak pakai tudung dan letak kat fesbuk contohnya, ramaila akan datang dan like gambar tu, kemudia bagi macam2 ayat pujian dan berbangga ngan kawan yang da bukak tudung. Ape ceritanya ni?

Kita buat dosa satu hal, tarik kawan buat dosa jugak satu hal yang lain. Janganlah macam ni. Tak payah lah tarik orang masuk neraka sama2. Kalau tarik masuk syurga, bagusla jugak. Memangla tak patut kita terjah kat gambar tu dan kasi dalil macam2 atau tegur direct tapi tak patut jugak kalo kita sokong benda yang haram.

Banyak boleh cerita pasal benda ni tapi sebelum aku lebih merepek, sampai sini je dulu kot.

All in all, dalam Islam tudung itu hanya one tiny part in Islam. There are lots of things to be done beside wearing hijab. Jadi, pakai la tudung dan pakaian elok2, jangan kasi iman lelaki tergugat selalu dan insyaAllah you are heading at the right direction.

5 comments:

ferriangel said...

huhu.. sedey2 dgn trend tudung zaman kini yg pengaruhnya dibawa masuk dr indon.. pnah pakai skali tp cukup merimaskan sbb materialnya melekat pd badan... kbyakannya adlh singkat x menutup paras dada.. ada yg labuh tp x mndpat minat wanita2 di mesia krn kuantiti n designnya yg limited.. T_T

seorng ustaz prnah berkata:

Islam ni hanya menumpang pada diri seseorang. maknanya diri sesorng tu la yng menentukan sama ada hidup atau matinya islam. jika dulu, ramai sahabat2 berjuang berhabis2an untuk mempertahankan islam tp kini ramai berjuang berhabis2an utk keseronokan dunia dan sanggup membiarkan islam tu mati.. nauzubillah..

anish said...

"Nama bangunan untuk dakwah, tapi letak sejauh mungkin. Takpe la, mungkin tanah tu je yang available."

husnuzon mat haha :D

pasal tudung ni
aku pernah ckp depan2 pasal aurat ngn sorang hamba allah ni
bagi dia,tutup aurat ni xleh paksa2
mcm kna tnggu keikhlasan tu dtg
bleh lak gitu huhu


p/s : tudung indon byk kat pasar.bkn cantik pun.cam bibik T___T

afb said...

@azrin: aku rase camtu gak. byk membe da berubah, ke arah baik as well ke arah yg tak baik.

@anish: kate muslim,kene le husbuzon.haha

kan best kalo bleh jawab camtu kat polis bile die tahan kita sebab tak pakai seatbelt.
cakap kat polis, nak pakai seatbelt kene datang ikhlas,tak leh paksa2.

cakap je kat kawan ko tu, aku harap ikhlas tu dtg sebelum maut dtg.


p/s: bibik stand for mak cik ok in javanese.

ali said...

pehh aku suke la post ko ni mat.bru bce arini.ak mmg tak terkejut la dgn situasi kt malaysia skng ni n alasan yg kwn sister tu bg mmg tak heran la.ak rase muslim kat malaysia ni terlalu selesa sgt dgn status islam sbb tu la diorg amik ringan je bnde2 cmni.asal pki tudung je ok la bg diorg.lg 1 ble diorg pakai bju ketat, ramai jgk lg pmpn pki baju ketat.so diorg rse selesa la sbb ade geng.mungkin bile islam tu dlm keadaan tertekan bru diorg nk sedar kot.harapnye blom terlambat la time tu.

Pyanuddin al-Helmy said...

aku suka penulisan anda wahai mat fikri. Direct