Pages

Friday 9 July 2010

Facts+assumptions.Pretty awesome I guess.

Bismillah,

Let us for a moment come back to our history back. Yes, our history. Malaysia history. However, let us talk without proof this time. We only talk using sense and assumptions.

Kita semua belajar sejarah kan? Nama pun subjek teras, takkan tak belajar pulak. At one stage, kita belajar sejarah Melaka, negeri pertama yang kita belajar di Tanah Melayu. Bermula dengan Parameswara, anjing, pokok dan macam2 lagi la. I assume we all know about it. Dan pada waktu itu, undang-undang hutan masih digunakan. Yang lemah tunduk pada yang kuat. Undang-undang ini betul, bertepatan dengan fitrah manusia cuma yang kuat hanyalah Allah. Pada waktu itu, Islam belum tersebar di kawasan ini. Buktinya, Parameswara bukannya Islam pada waktu ini dan Siam pada waktu itu bukanlah Islam juga. Melalui undang-undang itu tadi, Melaka terpaksa memberi ufti tahunan pada Siam yang berupa pokok emas yang gambarnya tertera di buku teks sejarah sewaktu saya masih di bangku sekolah. Jika ufti itu tidak diserahkan, entah apa la yang akan terjadi pada kerajaan Melaka. Hanya kampung nelayan yang kecil di antara kerajaan-kerajaan besar pada waktu itu, Siam, Acheh dan banyak lagi.

Ok, semuanya seperti dalam buku sejarah.

Sehingga satu tahap, Melaka tidak lagi menghantar ufti pada Siam. Mengapa? kerana ada kerajaan yang lebih besar dari Siam memberi perlindungan pada Melaka iaitu China.

Masih lagi seperti buku sejarah.

Tetapi, apa yang tiada dalam buku sejarah ialah mengapa China sanggup melindungi sebuah kerajaan kecil yang tiada kepentingan yang significant dalam kerajaan nya. Kerajaan China pada waktu itu ketenteraan sudah sangat kuat, herba pun China sudah ada banyak. Cuba bagi pada saya sebab mengapa China melindungi kerajaan Melaka? Ini tiada dalam buku teks.

Let us start talk using our sense instead of proof or artifacts.

Kita tahu China pernah menjadi sebuah negara Islam. Laksamana Cheng Ho dan sahabat nabi ada dihantar ke sana. Dalam jejak rasul ada cerita mengenai benda ini. Kita juga tahu Melaka menjadi sebuah negara Islam. Jadi, apa yang saya dapat fikirkan ialah China melindungi Melaka atas hubungan ikatan agama, hati dan akidah masing-masing. Bagi sesiapa yang tidak bersetuju, boleh je kerana saya memang tiada bukti, ini hanyalah cakap-cakap menggunakan logik akal. Melalui satu hadis,

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”. (Hadith riwayat al-Baihaqi)

Pada firasat saya, mereka sangat-sangat mengambil berat dengan hadith rasulullah ini. Dan selepas itu, Melaka mula naik sebagai sebuah kerajaan Islam di Asia tenggara ini dan menjadi sasaran kuasa-kuasa barat.

Namun, bila penyakit wahan itu masuk dalam hati-hati pembesar dan rakyat melayu, kerajaan Islam mula jatuh di Asia tenggara. Tidak ubah seperti kerajaan khulafa' ar-rasyidin jatuh di Turki sewaktu pimpinan khalifah Mu'tasim. Penyakit wahan masuk dalam hati mereka dan mereka tumbang di tangan tentera Mongol dan jatuhlah kerajaan Islam di tanah arab.

Kisah ini terus tercatat dalam sejarah dan orang Turki tetap mengingati perkara ini dan kebanyakan mereka sangat malu dengan perkara ini. Sewaktu kes flotilla, orang-orang Turki bersungguh-sungguh menyuruh orang selain bangsa Turki pergi ke tingkat bawah kapal Marvi Marvara dan biar mereka yang mempertahankan kapal itu. Dalam diri mereka, masih ada perasaan malu kerana bangsa mereka yang menjatuhkan khulafa' ar-rasyidin. TETAPI, apakah bangsa Melayu lakukan dan rasa walaupun bangsa kita yang menjatuhkan kerajaan Islam di asia tenggara? masih lagi bergaduh sesama Islam, fitnah menfitnah, memandang rendah bangsa lain dan masih bersuka-suka seolah-olah masing-masing tahu bila ajal mereka. Bangsa anda dan saya yang menjatuhkan Islam di asia tenggara, sedarlah dan rasalah malu terhadap orang-orang sekarang yang tidak mendapat hidayah Islam. Mungkin kerana bangsa kita menjatuhkan kerajaan Islam itulah mereka tidak mendapat hidayah Islam. Who knows?

After all, kebanyakan perkara di atas adalah fakta dan ada yang assumptions dari saya. Terimalah jika anda rasa perkara ini masuk akal, tolaklah jika apa yang saya katakan nonsense semata-mata.

Marilah kita mula bekerja untuk menebus kembali apa yang bangsa kita lakukan kepada asia tenggara ini.

Wallahualam.

0 comments: