Pages

6

Kita, Malaysia dan subsidi

Bismillah.


Lama tak tulis apa-apa di sini menandakan aku kurang produktif sebab tak berfikir banyak. Tipikal perangai post-exam.(not good as a muslim)

Anyway, exam dah habis dan summer pun bermula. Aku tak rasa gembira cuti dah bermula atau akan balik ke Malaysia. Mesti seronok kalau boleh duduk bermalas-malas sepanjang hari atau pergi berjalan-jalan tanpa faedah tapi aku tak boleh hidup macam tu walaupun kadang-kadang buat jugak. tapi hati aku akan jadi tak tenang bila aku buat macam tu. After all, takkan nak bersenang-senang selama 60 tahun untuk bersusah-susah selama-lamanya?

Sekarang ni aku makin rasa perempuan menyusahkan.haha.(provok gila ayat). Aku faham perempuan ngan lelaki jauh berbeza and all that stuff. So, aku masih lagi jauh dari jalan yang ada kawan aku ambil. Lagi 3 tahun baru aku consider balik.

okok,cukupla merepek.

Aku ada jumpa satu website;

Klik2, sangat menarik jika anda rakyat Malaysia. Basically website ini adalah one of the tool kerajaan untuk menjelaskan langkah-langkah yang bakal diambil kerajaan. In another words, it is a tool to lie all of the citizens. At least I think that way.

Website ini akan menceritakan tentang subsidi negara dan hutang-hutang negara yang eventually akan menyebabkan Malaysia bankrupt. So, subsuidi perlu dibuang untuk mengelakkan negara bankrupt. Bila subsidi dibuang, harga minyak, gula, tepung dan macam-macam barang akan naik. Pandai dan baikkan kerajaan Malaysia?

Kalau ikut perasaan, memang dah mencarut2 dah dalam ni tapi Islam tak bagi kan. Jadi, jom la kita bincangkan secara orang berilmu dan beragama.

First of all, kawan aku ada belajar econs. Presentation by Dato' Idris Jala(boleh download kat website tu jugak) asyik cakap pasal GDP je. Kawan aku cakapla, GDP ni bukan petunjuk holistik pun mengenai ekonomi negara. Total revenue tak tunjuk pun dan expenditure pun tak tunjuk, susahla nak percaya kalau macam ni. Kalau kerajaan jujur, tunjuk la semua detail tu.

Secondly, aku pelik la kan kenapa kita asyik disamakan dengan negara Somalia? Bengang la gak. Macam banding kuda dengan keldai la. Memangla Somalia tu negara jugak tapi keadaan Malaysia dengan Somalia lain. Lepas tu, banding Malaysia dengan Greece atas sebab Greece banyak bagi subsidi dekat rakyat dia jugak. Variable lain sama jugak ke antara Malaysia dengan Greece? Mana boleh banding senang2 camtu je. Dulu masa minyak naik gila-gila, Malaysia bandingkan harga minyak kat uk ngan malaysia dan aku pun percaya Malaysia masih paling murah. Tapi dah sampai UK, harga minyak 1 pound lebih je dan kira biasa je la. Kalau convert duit Malaysia memang la nampak mahal. Kena tipu rupanya aku dulu.haha

Thirdly, Kenapa mesti rakyat yang menanggung masalah ni? Rakyat yang banyak gaji murah dan sederhana? Makcik cleaner kat universiti paling kuat pun RM 500 dapat. Orang kerja kilang pun sama unless dia buat OT macam nak mati. Sedangkan orang-orang atasan masih menikmati kehidupan mewah? Apa la sangat bagi dorang naik 2-3 ringgit kan. Kalau betul nak tolong negara, potong gaji masing-masing sampai sama dengan rakyat biasa. Kereta pakai macam orang biasa. Golf dan kuda tak payah ada. Rumah biar macam orang biasa. Elaun takyah banyak2. Orang atasan ini bukan setakat pihak kerajaan tapi pihak lain-lain yang selalu berpakaian kuning berkenaan juga. Janganlah anda bersenang-senang tetapi rakyat bersusah-susah. Aku bukan rakyat yang derhaka tetapi aku hanya seorang muslim yang ingin menjadi rakyat yang kesetiaan yang kritikal.

Banyak lagi la benda yang boleh dipersoalkan dari presentation tu dan aku sangat-sangat tak puas hati.

Menurut Maslow's hierarchy of needs(google2), selagi physical needs tidak dipenuhi, sesuatu mesyarakat itu tidak akan bermotivasi walaupun pelbagai benda lain sudah diberi. Physical needs ni macam makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tapi kerajaan sibuk nak buat team F1 sendiri la pulak, banyak lak duit kerajaan. Pelik2,

Benda ini hanya sebagai satu benda yang elok kita fikirkan kerana kesetiaan secara kritikal itu adalah lebih baik untuk sesebuah negara berbanding mengikut tanpa memahami sesuatu perkara secara betul.

Wallahualam.

0

Entri untuk ku dan kamu yang berfikir.

Kepada sesiapa yang ingin berubah, sanggup berubah dan sanggup untuk membuka minda dan berfikir menggunakan iman, bukan menggunakan nafsu, anda dipersilakan untuk terus membaca. Bagi sesiapa yang ingin terus hidup dalam zon selesa dan terus dengan keindahan dunia walaupun saudara kita terseksa, boleh la jugak baca tapi mungkin anda akan terasa lepas tu.(nasihat aku, cubalah kita berfikir menggunakan akal yang dipandu iman kita).


Anyway, entri ini adalah peringatan pada diri aku sendiri jugak sebelum balik ke Malaysia.

Bismillah.

Seminggu ini kita digemparkan dengan kekejaman Israel walaupun sebenarnya kisah ini bukan hanya berusia seminggu tapi sudah berpuluh-puluh tahun kisah ini bermula. Cuma kali ini mata dunia dibuka dan aku lihat ramai yang bertindak balas dan kawan aku pun ramai begitu.

Status-status di facebook dan entri-entri blog banyak la cakap pasal benda ini dan banyak juga yang mengutuk kerajaan Malaysia yang lambat bertindak balas. Habis Najib dihentam. Tak de la nak kate Najib betul, salah la jugak. Masa flotilla kena serang, dia tengah dok meeting kat filipina kalau tak silap. TAPI, cukup ke cara kita yang bersuara lantang mengutuk kerajaan Malaysia, Israel dan Amerika Syarikat? Memang la ada orang cakap Allah tengok usaha tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan benda ini.

Cuba kita fikir, kita boleh masuk syurga ke bila akhirat nanti di depan Allah kita asyik menunding jari ke arah kesalahan orang lain? BOLEH KE?

Mestila tak boleh kan sebab Allah hanya nak tengok usaha kita dan bagi aku, usaha kita yang sepatutnya ialah memerangi Israel. Masa minggu lepas aku tengok kawan-kawan aku semua terbakar dan semua macam nak beli kapal lepas tu pergi serang Israel. Ada lagi tak semangat tu atau hanya hangat-hangat tahi ayam?

Sensitif ayat perang atau lebih terkenal dengan perkataan jihad ni. Tapi kita kena ingat, kita sekarang zaman canggih. Kalau kita tak boleh berperang seperti orang Turki buat, kita perang menggunakan ekonomi. Boikot barang Israel. Inilah cara perang yang aku nampak kita mampu buat. Ok, cakap memangla senang kan tapi adakah cukup iman kita untuk berperang secara ekonomi dengan Israel? Pada sesiapa yang dok mengutuk kerajaan-kerajaan dunia yang tak bertindak balas tu, kalau korang tak buat benda ni memang korang aku boleh kata sama teruk je ngan kerajaan-kerajaan tu. Cukuplah berkata-kata tapi mulalah bekerja kerana kerja kita itu yang Allah tengok di akhirat nanti.


Link ni adalah senarai barang Israel, sanggup tak korang lupakan McD seumur hidup korang? memang la ada certain benda kita tak leh nak boycott sebab kita perlukan benda itu TAPI kena igt PERLU dan HENDAK adalah 2 benda berbeza sebab most of the product tu dah ada product alternatif, kenapa kita tidak bertukar?Kalau kita hendak tapi kita menggunakan alasan perlu, jawab ngan Allah je la nanti.

Ok, rasanya semua setuju kot bila cakap perlu boikot barang Israel. Tapi, most of us knew that Israel didn't stand alone. Ada kerajaan lain bersamanya iaitu US. Kita tahu yang US da lame provide duit dan kelengkapan perang kat Israel malahan sering membackup Israel apabila Israel buat dosa atas muka bumi ini. Jadi, perlu ke tak kita boikot barang US sekali macam KFC, eventhough Jcorp dah beli tapi dia tetap kena bayar duit kat US kira macam royalti sebab guna nama KFC dan KFC US akan bayar tax ke US government dan duit itu akan ke mana?

Ada satu produk US yang sangat popular kat sheffield nih. jadi mata pencarian org melayu sheffield dan menjadi kegilaan orang2 kat sini untuk menguruskan badan. Aku cam serba salah. Isu sangat bergantung pada produk ini untuk menguruskan badan satu hal dan isu menyumbang pada duit US pun satu hal jugak. To play safe, aku pun ikutla hadith 6 dalam hadis 40 imam nawawi dalam hal ini.

Hidup atas bumi ini memanglah sukar jika kita sedar kita ini hanyalah hamba.

Wallahualam.

0

Persoalan yang bermain di minda.

Bismillah.


1) Pelik ke kalau orang tak menangis kalau makcik yang plg rapat ngan dia meninggal tapi menangis masa kapal flotilla kena tahan dan serang?

2)Ramai kawan aku yang asyik mengutuk-ngutuk Israel dan mengutuk-ngutuk kerajaan Malaysia senyap je, tapi kalau Israel tiba-tiba serang kita, adakah mampu kita beraksi seperti pejuang Gaza?

3)Kita sering berkata, 'rilek-rilek la dulu, banyak lagi masa'. Betul ke kita banyak lagi masa sedangkan Allah tidak pernah memberi kita sedikit pengetahuan pun tentang masa kematian kita?Adakah kita nak kata ilmu kita lebih banyak dari Allah dengan berfikiran sedemikian?

4) Kita sering berkata dan menyalahkan subjek itu terlalu susah dan leceh. Tapi adakah kita akan terus menyalahkannya walaupun kita belum meletakkan cukup usaha atas subjek itu?

5)Apakah yang akan jadi pada dunia ini sekiranya flotilla itu sampai ke Gaza? Adakah satu dunia akan sedar kekejaman Israel? Allah itu sedang membantu umat Islam sebenarnya.

6) Adakah mampu untuk aku menolak KFC, McD dan Pizza Hut bila sampai di Malaysia nanti?

7)Adakah pilihan hidup aku hanya hidup mulia atau mati syahid?

8) Adakah aku seorang je yang tak suka baca orang tulis shortform english yang melampau-lampau?

9)Kenapa aku tak study lagi eventhough esok exam?

10) Kenapa aku tak rasa excited nak balik Malaysia? but instead of that I feel uneasy in my heart.

___________________________________________________________________

Aku ari tu kena sound. Sebab status facebook aku melampau2.(betul ke?)

Kalau orang da sound,maksudnye betol la sengal.

okok, aku pun reflect balik diri sbb tak sempat nak tanye lebeh2. Orang yang sound blah awal. Down aku orang tegur camtu. Adoyai.

Dia cuak ngan ko la tu. Muka cam pemecah rumah sape suruh!!

okok, aku faham.T_____T
So, aku tanye la beberapa member aku pasal ni. It turn out I found the answer from kawan aku. Tu pun lepas terang macam2 baru la dia dapat kuar ngan jawapan.

Benda ni basically nak cakap terima kasih je pada yang menegur. Aku mmg le nampak cam tak leh terima tapi sebenarnya, aku nak explaination je. Tu je pun tapi anyway, thanks for reminding me and aku harap yang lain pun camtu. Takkan nak tengok aku masuk neraka kot? and please, dont mind any kind of approach you used to tegur me sebab I dont think I mind.hehe