Pages

Monday, 21 November 2011

Sekarang musim bola.


Bismillah.

Sekarang musim bola.
Gara-gara final sukan SEA di Jakarta.
Kawan yang kaki bangku pun naik teruja.
Apatah lagi saya yang memang hebat main bola.

Tetapi kali ini bukan niat saya ingin bercerita tentang Malaysia vs Indonesia.
Tidak banyak pun yang hendak diceritakan tentang permainan yang mendebarkan kedua-dua penyokong.

Bukan niat saya juga ingin menceritakan kehebatan diri sendiri bermain yang tidak tumpah seperti Cristiano Ronaldo.
Pembaca boleh melihat sendiri bagaimana hebatnya Ronaldo dan itulah saya.

Niat di hati ingin bercerita tentang kisah dua pemain Barcelona.
Seorang sudah keluar dan seorang masih bermaharaja lela.
Namun kedua-dua masih mendapat tempat di hati para peminat bola.
Ronaldinho dan Messi pemain yang saya hendak cerita.




Ronaldinho seorang yang laju dan penuh dengan gerakan muslihat yang bergaya.
Membuat penonton terbeliak mata.
Apatah lagi pasukan lawan yang hanya mampu ternganga.
Namun kehebatan hanya bertahan 1-2 tahun sahaja. (around 2006)

Messi pemain yang kecil dan lincah sekali gayanya.
Skill yang dimiliki biasa sahaja.
Hanya bergerak lincah dicelah-celah pertahanan sambil bola seolah-olah melekat di kaki.
Namun Messi tidak pernah gagal menyerlah dari 2008 sehingga kini.

Dari kaca mata manusia sudah pasti Messi lebih berharga berbanding Ronaldinho.
Gayanya biasa tetapi bertahan lama.

Sedangkan dari pandangan mata manusia yang hina pun lebih gemar pada konsistensi,
Apatah lagi dari pandangan yang Maha Esa.

Amal yang sedikit dan biasa lebih digemari Allah.
Berbanding amal yang banyak tetapi sebentar cuma.

Masih ingat kisah Ronaldinho dan Messi?

Pemain bola sepak sehebat Messi pun masih perlu datang ke pusat latihan.
Apakah pusat latihan kita untuk mengekalkan konsistensi amal?

Usrah cara saya.
Cara anda bagaimana?

Jangan menjadi Ronaldinho yang hebat tetapi terkulai di tengah jalan kegemilangan.

0 comments: