Bismillah.
Junior: Eh, bile eh nak beli tiket balek Malaysia? Sekarang dah ada offer ke?
Penulis: (tersenyum) Relaxlah bro. Awal lagi ni. Tak habis 1st sem lagi dah fikir balek dah ke?
Junior: (Tersengih-sengih) Tak de la. Bosan la duduk UK nih. Rindu Malaysia ni. Makanan, family and cuaca obviously.
Penulis: Haha, fair enough. Selalu orang beli time bulan 2-3 camtu kot. £550 tu kira ok dah harga tu. If you got cheaper than that, that's a bargain. Oh, £550 tu dari Manchester.
Lucu hati saya bila perbualan ini berlaku dan setiap tahun perbualan ini akan terjadi. Malah saya rasa mungkin ada sesetengah pelajar yang sudah mula memikirkan untuk pulang ke Malaysia sebelum mereka berlepas dari KLIA lagi.
Walaupun sudah membiasakan diri di UK, rasa rindu untuk kembali ke Malaysia tetap tidak hilang.
Walaupun UK menawarkan 1001 kemajuan yang mungkin tidak terdapat di Malaysia, perasaan rindu itu tetap ada.
Walaupun UK menawarkan pengangkutan awam yang lebih efficient berbanding ktm dan bas di Malaysia, rasa rindu tetap menebal di hati..
Walaupun UK menawarkan harga anggur dan epal yang lebih affordable, rasa rindu itu tetap ada.
Baik yang junior atau senior, sama sahaja ragamnya.
Mungkin secara fitrahnya, manusia memang ingin pulang ke tempat asal mereka walaupun sebentar. Atas sebab yang sama, rakyat Malaysia tetap pulang ke kampung masing-masing pada hari raya walaupun masing-masing sudah mengetahui yang mereka berkemungkinan tinggi akan terperangkap di jalan raya.
Namun, pernahkah kita mengetahui atau mengingati akan nasib saudara kita di kem pelarian Palestin di Lubnan?
Atau nasib saudara kita di Gaza atau Tebing Barat?
Mereka juga manusia sama seperti kita.
Mereka juga sering merindui akan kampung halaman mereka sama seperti kita.
Tetapi mereka dinafikan hak mereka untuk pulang ke tempat asal mereka!
Cuba kita bayangkan apa yang akan kita buat sekiranya permohonan untuk pulang beraya kita ditolak dan terpaksa bertugas di pagi raya?
Kita akan sedih dan sesetengah orang akan menangis kesedihan tidak dapat mencium tangan ibu di pagi raya.
Tetapi harus diingat kita masih berpeluang untuk pulang ke kampung halaman pada tahun hadapan atau mungkin minggu seterusnya.
Pelarian Palestin sudah berada di tempat buangan lebih dari 50 tahun!
I don't think we can actually imagine how they felt for the past 50 years.
On top of that, being in refugee camp in Lubnan is not like us living in UK.
Tahukah anda, pelarian Palestin di Lubnan diharamkan untuk bekerja dalam 72 jenis pekerjaan?
Tahukah anda, pelarian Palestin di Lubnan tidak diiktiraf sebagai rakyat Lubnan walaupun lahir di Lubnan?
Tahukah anda, pelarian Palestin di Lubnan tidak dibenarkan untuk memiliki sebarang property di Lubnan?
Tahukah anda, pelarian Palestin di Lubnan tidak dibenarkan untuk ke selatan Lubnan walaupun hanya untuk melihat tanah air mereka yang dijajah?
Tahukah anda, banyak lagi perkara yang dilarang atas mereka oleh kerajaan Lubnan?
Cuba bayangkan, bagaimana perasaan kita sekiranya Malaysia dijajah dan kita terpaksa lari ke Thailand.
Kemudian hak kita sebagai manusia dinafikan.
Apa yang akan kita buat?
Dan orang-orang yang menggelar diri mereka saudara kita tidak memberi kita bantuan yang amat kita perlukan.
Apa yang akan kita rasa?
Seorang muslim adalah saudara bagi Musim yang lain, tidak boleh dia menzaliminya dan menjerumuskannya ke dalam kebinasaan
-Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazhalim, hadis no. 2442.-
But, talk is cheap.
Semua orang boleh menulis di blog.
Semua orang boleh bercakap tentang masalah ini.
We need to walk the talk!
Untuk itu Misi Kasih Palestin, Sheffield Malaysian Student Association, PMPMS dan KuSheff telah bergabung untuk menjayakan sharing session oleh Dr Zin Kandar yang pernah ke Gaza sebanyak 2 kali. Program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disalurkan pada pelarian Palestin di Lubnan untuk membantu mereka yang basically tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
Do spend some of your time and attend this session. Please don't forget to bring some extra money to infaq for our brothers and sisters. And if you want to infaq right now, you can always do that by referring to this web.
0 comments:
Post a Comment