Pages

0

Facts+assumptions.Pretty awesome I guess.

Bismillah,

Let us for a moment come back to our history back. Yes, our history. Malaysia history. However, let us talk without proof this time. We only talk using sense and assumptions.

Kita semua belajar sejarah kan? Nama pun subjek teras, takkan tak belajar pulak. At one stage, kita belajar sejarah Melaka, negeri pertama yang kita belajar di Tanah Melayu. Bermula dengan Parameswara, anjing, pokok dan macam2 lagi la. I assume we all know about it. Dan pada waktu itu, undang-undang hutan masih digunakan. Yang lemah tunduk pada yang kuat. Undang-undang ini betul, bertepatan dengan fitrah manusia cuma yang kuat hanyalah Allah. Pada waktu itu, Islam belum tersebar di kawasan ini. Buktinya, Parameswara bukannya Islam pada waktu ini dan Siam pada waktu itu bukanlah Islam juga. Melalui undang-undang itu tadi, Melaka terpaksa memberi ufti tahunan pada Siam yang berupa pokok emas yang gambarnya tertera di buku teks sejarah sewaktu saya masih di bangku sekolah. Jika ufti itu tidak diserahkan, entah apa la yang akan terjadi pada kerajaan Melaka. Hanya kampung nelayan yang kecil di antara kerajaan-kerajaan besar pada waktu itu, Siam, Acheh dan banyak lagi.

Ok, semuanya seperti dalam buku sejarah.

Sehingga satu tahap, Melaka tidak lagi menghantar ufti pada Siam. Mengapa? kerana ada kerajaan yang lebih besar dari Siam memberi perlindungan pada Melaka iaitu China.

Masih lagi seperti buku sejarah.

Tetapi, apa yang tiada dalam buku sejarah ialah mengapa China sanggup melindungi sebuah kerajaan kecil yang tiada kepentingan yang significant dalam kerajaan nya. Kerajaan China pada waktu itu ketenteraan sudah sangat kuat, herba pun China sudah ada banyak. Cuba bagi pada saya sebab mengapa China melindungi kerajaan Melaka? Ini tiada dalam buku teks.

Let us start talk using our sense instead of proof or artifacts.

Kita tahu China pernah menjadi sebuah negara Islam. Laksamana Cheng Ho dan sahabat nabi ada dihantar ke sana. Dalam jejak rasul ada cerita mengenai benda ini. Kita juga tahu Melaka menjadi sebuah negara Islam. Jadi, apa yang saya dapat fikirkan ialah China melindungi Melaka atas hubungan ikatan agama, hati dan akidah masing-masing. Bagi sesiapa yang tidak bersetuju, boleh je kerana saya memang tiada bukti, ini hanyalah cakap-cakap menggunakan logik akal. Melalui satu hadis,

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”. (Hadith riwayat al-Baihaqi)

Pada firasat saya, mereka sangat-sangat mengambil berat dengan hadith rasulullah ini. Dan selepas itu, Melaka mula naik sebagai sebuah kerajaan Islam di Asia tenggara ini dan menjadi sasaran kuasa-kuasa barat.

Namun, bila penyakit wahan itu masuk dalam hati-hati pembesar dan rakyat melayu, kerajaan Islam mula jatuh di Asia tenggara. Tidak ubah seperti kerajaan khulafa' ar-rasyidin jatuh di Turki sewaktu pimpinan khalifah Mu'tasim. Penyakit wahan masuk dalam hati mereka dan mereka tumbang di tangan tentera Mongol dan jatuhlah kerajaan Islam di tanah arab.

Kisah ini terus tercatat dalam sejarah dan orang Turki tetap mengingati perkara ini dan kebanyakan mereka sangat malu dengan perkara ini. Sewaktu kes flotilla, orang-orang Turki bersungguh-sungguh menyuruh orang selain bangsa Turki pergi ke tingkat bawah kapal Marvi Marvara dan biar mereka yang mempertahankan kapal itu. Dalam diri mereka, masih ada perasaan malu kerana bangsa mereka yang menjatuhkan khulafa' ar-rasyidin. TETAPI, apakah bangsa Melayu lakukan dan rasa walaupun bangsa kita yang menjatuhkan kerajaan Islam di asia tenggara? masih lagi bergaduh sesama Islam, fitnah menfitnah, memandang rendah bangsa lain dan masih bersuka-suka seolah-olah masing-masing tahu bila ajal mereka. Bangsa anda dan saya yang menjatuhkan Islam di asia tenggara, sedarlah dan rasalah malu terhadap orang-orang sekarang yang tidak mendapat hidayah Islam. Mungkin kerana bangsa kita menjatuhkan kerajaan Islam itulah mereka tidak mendapat hidayah Islam. Who knows?

After all, kebanyakan perkara di atas adalah fakta dan ada yang assumptions dari saya. Terimalah jika anda rasa perkara ini masuk akal, tolaklah jika apa yang saya katakan nonsense semata-mata.

Marilah kita mula bekerja untuk menebus kembali apa yang bangsa kita lakukan kepada asia tenggara ini.

Wallahualam.

0

Word for thought.


“Sacrificing your happiness for the happiness of the one you love, is by far, the truest type of love.”


Jumpa quotation ni kat internet.
Sweet isn't it?
TAPI rasa-rasa quotation ni hanya layak untuk Allah.
Barulah boleh cakap berkorban demi agama.
Layak ke manusia terima cinta kita paling agung sebelum Allah?
Word for thought before Jumaat prayer.


p/s: da baca surah al kahfi ke masa hari Jumaat ni?

0

Mode jiwang

Bismillah,

Jiwang ngan Allah boleh kan? Malah digalakkan lagi kan?



CURANG.

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
namun KASIH (Tuhan) slalu ku bohongi
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
'kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini(sakit) ku rasakan

Tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang

Nyanyian : Feelhoney
Lagu : Amin Fh & Bie Fh ( Feelhoney Ent )
Lirik: Bie Fh ( Feelhoney Ent. )
Susunan Muzik : Abd. Halim Ahmad ( Neurotic Studio )

Astaghfirullah,masih adakah ruang syurga untukku?


5

Tudung dan Malaysia

Bismillah.

Aku baru sedar nape aku tak de idea nak tulis ape. Sebab kurang membaca la nih. kalo tak bace ape2,mmg tak bergerak la otak nak berfikir. Tau le cuti tapi jangan la otak pun nak cuti dari berfikir.bahaya tu.

Anyway, minggu ni aku stay kat KL untuk uruskan beberapa perkara mengenai JoM! .Jadi aku kena la mintak sponsor ngan big boss kitorang iaitu Encik Khalis aka Nageb tough manchester. Kitorang pun nek la public transport yg x berape reliable.(ni betul ni,bukan saje-saje nak burukkan nama Malaysia). Destinasi pertama: YADIM aka yayasan dakwah islamiah Malaysia.

Susah betul nak cari. Di tambah cuaca Malaysia yang summer sepanjang tahun, basah la baju aku dengan keringat muda aku. Bangunan Yadim tu ada dalam bangunan Islam ape ntah tapi Yadim tu antara paling jauh la, Nama bangunan untuk dakwah, tapi letak sejauh mungkin. Takpe la, mungkin tanah tu je yang available.

Jumpa la akak yang sepatutnya kerja kat bahagian lain tapi sebab kitorang datang waktu pejabat rehat, dia tolong la layan kitorang. Baik gak akak nih. Tapi yang kurangnya, dia kerja dekat Yayasan dakwah tapi cara pemakaian tudungnya tidak menepati cara Islam yang sepatutnya. Point aku ni je sebenarnya. Mengenai tudung dan rakyat Malaysia.

Aku ngan Nageb keluar 2 orang je masa tu sebab yang lain ada kerja lain. Kitorang pun sembang2 la pasal benda ni dan come out with conclusion.

Di Malaysia, tudung ini adalah suatu perkara yang boleh dikira taboo dalam masyarakat kita. Asalkan anda pakai tudung, anda adalah muslim sejati. tak kesah la tudung tu macamana dan bagaimana pakaian yang lain asalkan tudung itu masih di kepala.

Antara perkara pelik yang dibuat oleh si pemakai tudung:


1) Tudung jarang/tak menutup dada,leher dan kawasan sewaktu denganya
2)Pakai tudung tapi pakai blouse takat lutut pastu pakai seluar thigh. ada kot aritu kitorang jumpa
3)pakai tudung tapi baju boleh muat budak sekolah. Ape cerita ni?
4) sila fikir sendiri.

Lepas tu, aku perasan satu page kat facebook ni.

http://www.facebook.com/photo.php?pid=307239&op=5&o=global&view=global&subj=372601798722&id=100000276242562#!/pages/1000000-WANITA-BERTUDUNG-SELURUH-MALAYSIA/372601798722

Ape ceritanye ni? Memangla anda semua pakai tudung tapi adakah Islam itu hanya perlu dilihat melalui satu angle sahaja sedangkan masing-masing berkata islam itu syumul, Dekat website itu tulis la, orang yang bergambar perlulah memakai tudung dan sila pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat dan ape ntah lagi.

Menutup aurat itu satu cerita dalam Islam tapi anda sedar tak, letak gambar anda tu je pun dah boleh menggoncang iman para lelaki ini. Jauhi zina dan perkara-perkara yang mengudang zina. Kalau dah posing maut, memang mengundang zina la.(sorry but i have to be blunt here).

Sebab tu aku setuju apabila orang kata tudung ini adalah taboo di Malaysia tapi perkara lain tidak. Astaghfirullah.

Ada satu perkara lagi yang aku sedar sering berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia khususnya. Bila seseorang wanita itu tangkap gambar tak pakai tudung dan letak kat fesbuk contohnya, ramaila akan datang dan like gambar tu, kemudia bagi macam2 ayat pujian dan berbangga ngan kawan yang da bukak tudung. Ape ceritanya ni?

Kita buat dosa satu hal, tarik kawan buat dosa jugak satu hal yang lain. Janganlah macam ni. Tak payah lah tarik orang masuk neraka sama2. Kalau tarik masuk syurga, bagusla jugak. Memangla tak patut kita terjah kat gambar tu dan kasi dalil macam2 atau tegur direct tapi tak patut jugak kalo kita sokong benda yang haram.

Banyak boleh cerita pasal benda ni tapi sebelum aku lebih merepek, sampai sini je dulu kot.

All in all, dalam Islam tudung itu hanya one tiny part in Islam. There are lots of things to be done beside wearing hijab. Jadi, pakai la tudung dan pakaian elok2, jangan kasi iman lelaki tergugat selalu dan insyaAllah you are heading at the right direction.

0

UK dan Malaysia

Bismillah.

Aku sekarang sudah berada di Malaysia for about 1 to 2 weeks. Banyak sgt bezanya antara uk dan Malaysia menyebabkan aku masih cuba setel down.

Mood menulis masih belum kunjung tiba walaupun pelbagai perkara ingin dibicarakan.

Bosan2 petang-petang kat malaysia ni dan takde transport, aku teringat pengalaman berkhemah kat uk yang bagi aku agak berbeza berkhemah kat malaysia.

Obviously malaysia lagi mencabar.malam yang panjang dan hujan yang lebat. kat uk, malam yang gelap lebih kurang 3 jam je.mmg tak takot sgt le. kalo hutan kat malaysia, pukul 6-7 petang dah macam kol 8 da. Tapi ada je part2 hutan kat uk yang sgt gelap dan menyebabkan ada kumpulan haritu sesat.(team aku pun sesat gak,tapi bukan sebab hutan gelap)

The best part of camping haritu of course trekking which supposedly 18.4 km trek tapi sebab kumpulan aku rajin sgt, kitorang tambah jadi 20 km lebeh kot. orang nek 2 gunung, kitorang nek 3 gunung. Nasib baik la pemandangan kat uk waktu summer sangat menyejukkan hati.

Pengalaman berkayak kat uk sangat berbeza berbanding kayak kat malaysia. kat uk kayak dia sgt mudah terbalik,kalo langgar mmg terbalik la. kalo kat malaysia,langgar2 tak terbalik2 gak.

banyak lagi la benda2 best yang aku tak pernah terfikir akan buat telah aku buat. Everything start at the moment aku join sistem tarbiyah ini 3 tahun lepas. Sejak itu banyak la benda2 aku buat, pergi pantai,naik gunung, camping dalam hutan tebal, aktiviti rohani tu mmg ada la kan. Aku mula faham ayat yang menyatakan tarbiyah kita adalah tarbiyah Islam. Ianya perlulah syumul. Terima kasih pada sahabat aku, Ammar Roslizar sebab dia bagi peluang kat aku untuk join program sepanjang hayat ini dan aku akan sentiasa berusaha supaya aku boleh menjadi seperti Ammar dan memberi peluang pada orang lain untuk join program ini.

I end this entry with one sentence;


Tarbiyah bukan segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah.

p/s: aku teringin nak camping tepi pantai lak pasni.

6

Kita, Malaysia dan subsidi

Bismillah.


Lama tak tulis apa-apa di sini menandakan aku kurang produktif sebab tak berfikir banyak. Tipikal perangai post-exam.(not good as a muslim)

Anyway, exam dah habis dan summer pun bermula. Aku tak rasa gembira cuti dah bermula atau akan balik ke Malaysia. Mesti seronok kalau boleh duduk bermalas-malas sepanjang hari atau pergi berjalan-jalan tanpa faedah tapi aku tak boleh hidup macam tu walaupun kadang-kadang buat jugak. tapi hati aku akan jadi tak tenang bila aku buat macam tu. After all, takkan nak bersenang-senang selama 60 tahun untuk bersusah-susah selama-lamanya?

Sekarang ni aku makin rasa perempuan menyusahkan.haha.(provok gila ayat). Aku faham perempuan ngan lelaki jauh berbeza and all that stuff. So, aku masih lagi jauh dari jalan yang ada kawan aku ambil. Lagi 3 tahun baru aku consider balik.

okok,cukupla merepek.

Aku ada jumpa satu website;

Klik2, sangat menarik jika anda rakyat Malaysia. Basically website ini adalah one of the tool kerajaan untuk menjelaskan langkah-langkah yang bakal diambil kerajaan. In another words, it is a tool to lie all of the citizens. At least I think that way.

Website ini akan menceritakan tentang subsidi negara dan hutang-hutang negara yang eventually akan menyebabkan Malaysia bankrupt. So, subsuidi perlu dibuang untuk mengelakkan negara bankrupt. Bila subsidi dibuang, harga minyak, gula, tepung dan macam-macam barang akan naik. Pandai dan baikkan kerajaan Malaysia?

Kalau ikut perasaan, memang dah mencarut2 dah dalam ni tapi Islam tak bagi kan. Jadi, jom la kita bincangkan secara orang berilmu dan beragama.

First of all, kawan aku ada belajar econs. Presentation by Dato' Idris Jala(boleh download kat website tu jugak) asyik cakap pasal GDP je. Kawan aku cakapla, GDP ni bukan petunjuk holistik pun mengenai ekonomi negara. Total revenue tak tunjuk pun dan expenditure pun tak tunjuk, susahla nak percaya kalau macam ni. Kalau kerajaan jujur, tunjuk la semua detail tu.

Secondly, aku pelik la kan kenapa kita asyik disamakan dengan negara Somalia? Bengang la gak. Macam banding kuda dengan keldai la. Memangla Somalia tu negara jugak tapi keadaan Malaysia dengan Somalia lain. Lepas tu, banding Malaysia dengan Greece atas sebab Greece banyak bagi subsidi dekat rakyat dia jugak. Variable lain sama jugak ke antara Malaysia dengan Greece? Mana boleh banding senang2 camtu je. Dulu masa minyak naik gila-gila, Malaysia bandingkan harga minyak kat uk ngan malaysia dan aku pun percaya Malaysia masih paling murah. Tapi dah sampai UK, harga minyak 1 pound lebih je dan kira biasa je la. Kalau convert duit Malaysia memang la nampak mahal. Kena tipu rupanya aku dulu.haha

Thirdly, Kenapa mesti rakyat yang menanggung masalah ni? Rakyat yang banyak gaji murah dan sederhana? Makcik cleaner kat universiti paling kuat pun RM 500 dapat. Orang kerja kilang pun sama unless dia buat OT macam nak mati. Sedangkan orang-orang atasan masih menikmati kehidupan mewah? Apa la sangat bagi dorang naik 2-3 ringgit kan. Kalau betul nak tolong negara, potong gaji masing-masing sampai sama dengan rakyat biasa. Kereta pakai macam orang biasa. Golf dan kuda tak payah ada. Rumah biar macam orang biasa. Elaun takyah banyak2. Orang atasan ini bukan setakat pihak kerajaan tapi pihak lain-lain yang selalu berpakaian kuning berkenaan juga. Janganlah anda bersenang-senang tetapi rakyat bersusah-susah. Aku bukan rakyat yang derhaka tetapi aku hanya seorang muslim yang ingin menjadi rakyat yang kesetiaan yang kritikal.

Banyak lagi la benda yang boleh dipersoalkan dari presentation tu dan aku sangat-sangat tak puas hati.

Menurut Maslow's hierarchy of needs(google2), selagi physical needs tidak dipenuhi, sesuatu mesyarakat itu tidak akan bermotivasi walaupun pelbagai benda lain sudah diberi. Physical needs ni macam makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tapi kerajaan sibuk nak buat team F1 sendiri la pulak, banyak lak duit kerajaan. Pelik2,

Benda ini hanya sebagai satu benda yang elok kita fikirkan kerana kesetiaan secara kritikal itu adalah lebih baik untuk sesebuah negara berbanding mengikut tanpa memahami sesuatu perkara secara betul.

Wallahualam.

0

Entri untuk ku dan kamu yang berfikir.

Kepada sesiapa yang ingin berubah, sanggup berubah dan sanggup untuk membuka minda dan berfikir menggunakan iman, bukan menggunakan nafsu, anda dipersilakan untuk terus membaca. Bagi sesiapa yang ingin terus hidup dalam zon selesa dan terus dengan keindahan dunia walaupun saudara kita terseksa, boleh la jugak baca tapi mungkin anda akan terasa lepas tu.(nasihat aku, cubalah kita berfikir menggunakan akal yang dipandu iman kita).


Anyway, entri ini adalah peringatan pada diri aku sendiri jugak sebelum balik ke Malaysia.

Bismillah.

Seminggu ini kita digemparkan dengan kekejaman Israel walaupun sebenarnya kisah ini bukan hanya berusia seminggu tapi sudah berpuluh-puluh tahun kisah ini bermula. Cuma kali ini mata dunia dibuka dan aku lihat ramai yang bertindak balas dan kawan aku pun ramai begitu.

Status-status di facebook dan entri-entri blog banyak la cakap pasal benda ini dan banyak juga yang mengutuk kerajaan Malaysia yang lambat bertindak balas. Habis Najib dihentam. Tak de la nak kate Najib betul, salah la jugak. Masa flotilla kena serang, dia tengah dok meeting kat filipina kalau tak silap. TAPI, cukup ke cara kita yang bersuara lantang mengutuk kerajaan Malaysia, Israel dan Amerika Syarikat? Memang la ada orang cakap Allah tengok usaha tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan benda ini.

Cuba kita fikir, kita boleh masuk syurga ke bila akhirat nanti di depan Allah kita asyik menunding jari ke arah kesalahan orang lain? BOLEH KE?

Mestila tak boleh kan sebab Allah hanya nak tengok usaha kita dan bagi aku, usaha kita yang sepatutnya ialah memerangi Israel. Masa minggu lepas aku tengok kawan-kawan aku semua terbakar dan semua macam nak beli kapal lepas tu pergi serang Israel. Ada lagi tak semangat tu atau hanya hangat-hangat tahi ayam?

Sensitif ayat perang atau lebih terkenal dengan perkataan jihad ni. Tapi kita kena ingat, kita sekarang zaman canggih. Kalau kita tak boleh berperang seperti orang Turki buat, kita perang menggunakan ekonomi. Boikot barang Israel. Inilah cara perang yang aku nampak kita mampu buat. Ok, cakap memangla senang kan tapi adakah cukup iman kita untuk berperang secara ekonomi dengan Israel? Pada sesiapa yang dok mengutuk kerajaan-kerajaan dunia yang tak bertindak balas tu, kalau korang tak buat benda ni memang korang aku boleh kata sama teruk je ngan kerajaan-kerajaan tu. Cukuplah berkata-kata tapi mulalah bekerja kerana kerja kita itu yang Allah tengok di akhirat nanti.


Link ni adalah senarai barang Israel, sanggup tak korang lupakan McD seumur hidup korang? memang la ada certain benda kita tak leh nak boycott sebab kita perlukan benda itu TAPI kena igt PERLU dan HENDAK adalah 2 benda berbeza sebab most of the product tu dah ada product alternatif, kenapa kita tidak bertukar?Kalau kita hendak tapi kita menggunakan alasan perlu, jawab ngan Allah je la nanti.

Ok, rasanya semua setuju kot bila cakap perlu boikot barang Israel. Tapi, most of us knew that Israel didn't stand alone. Ada kerajaan lain bersamanya iaitu US. Kita tahu yang US da lame provide duit dan kelengkapan perang kat Israel malahan sering membackup Israel apabila Israel buat dosa atas muka bumi ini. Jadi, perlu ke tak kita boikot barang US sekali macam KFC, eventhough Jcorp dah beli tapi dia tetap kena bayar duit kat US kira macam royalti sebab guna nama KFC dan KFC US akan bayar tax ke US government dan duit itu akan ke mana?

Ada satu produk US yang sangat popular kat sheffield nih. jadi mata pencarian org melayu sheffield dan menjadi kegilaan orang2 kat sini untuk menguruskan badan. Aku cam serba salah. Isu sangat bergantung pada produk ini untuk menguruskan badan satu hal dan isu menyumbang pada duit US pun satu hal jugak. To play safe, aku pun ikutla hadith 6 dalam hadis 40 imam nawawi dalam hal ini.

Hidup atas bumi ini memanglah sukar jika kita sedar kita ini hanyalah hamba.

Wallahualam.